8 Months Recap
Bismillah.
Baru perasan, aku ni memang suka nak tulis balik nate kat blog ni selepas 8 minggu, 8 bulan. Harap2 lepas ni bukan 8 tahun. HAHAHA. oke aku sambung balik recap. sebenarnya semalam, I mean pagi tadi, kul 12 pagi tadi, aku sepatutnya cakap, aku smabung tulis bila aku dah bangun pagi sbb basically esok ialah esok? eh? okey aku merepek.
Sebelum lupa, aku nak recap ni. SAF 2015. SAF10. Aku wakil fakulti tuk main hoki. Well, kitorang kalah. Tuh je nak cakap *sedih*
![]() |
| FTK Hockey Squad |
Tahun 2, Semester 2
1. Kem Kepimpinan S4B, Seri Menanti Resort, N9
Hahahaha kan aku dah cakap, balik je camp YSS tu aku dah jadi presiden kelab. So, buka je sem 2 bulan febuari haritu huung minggu tu teruih g kem kepimpinan. Kat sana camp katanya S4B atau nama panjangnya Software 4 Brain, kira NLP training laa tapi menuju saat akhir camp ni barulaa aku perasan yang pemimpin dan juga MPP ni dikumpul sekali tuk membantu menyiapkan resolusi MPP. Aku takdelaa kesah mana pun, yelah bukan masalah pun nak bantu. Makan sedap, tempat tinggal best dan lagi satu membuka pintu untuk aku dekati MPP ni. Senang den nak buat kirija.
![]() |
| Group mate aku : Kesukarelawan Section |
2. Fasilitator Robotic
Yang ni aku ikut sebab aku suka buat robot. Aku pernah menang kot, siap NAK wakilkan universiti pergi pertandingan lagi. tapi apakan daya, fakulti tak bagi. Hmm sedih siak kalau ingat.
Apa je yg kitorang buat? Kawal selia kanak-kanak riang budak tahun 6 yang baru nak berjinak-jinak dengan robot dan assist dorang. It was fun sebenarnya sebab aku memang enjoy je ajar bebudak. Lag-lagi benda yang aku tau dan mahir.
![]() |
| Barisan fasi ataupun yang ajar adik awak haritu heh |
3. MUET Mentor-Mentee
Nama panjang program ni adalah English Mentoring Program #OhMyMUET dan aku jadi salah seorang daripada 20+ tenaga pengajar ataupun mentor kepada beberapa pelajar UTeM yang nak ambil MUET sesi March haritu.
Alhamdulillah, met alot of wonderful people dalam program ni. They all are very open minded and easy going! Rasa macam nak peluk je sorang2. Dan yang paling best, keputusan most of mentee memang naik. dari band 2 ke band 3, ade yang band 4, dan ada jugak yang band 5.
Kitorang buat kelas malam selama seminggu ! Dari kul 9 ke 11 tapi mostly smpai kul 12 weii. Sampai sakit aku dibuatnya tapi siyes experience dia mmg best gilerr ! Nak join lagiiiii
![]() |
| Mentor anda dah dapat sijil, sijil kahwin kita bila lagi? Eh? |
![]() |
| Takde ulasan untuk ini. |
Fasalitator Sahabat Siswa. YES itulah kami. Untuk ini, boleh tak aku ulas lepas ni bebila aku free sebab banyak sangat nak tulis dek oii !
Cukuplaa aku lanje gamar ni satu.
![]() |
| Bakal fasi kepada adik awak >< |
Takde gamba lak sebab sume masih dalam phone. Aku janji, lepas ni aku tulis panjang-panjang k. Banyak siot nak cite satu-satu. Rasa pening lakk bila baca balik.
7. BASTEK
Nanti gua post special tuk event ni. HAHAHAHAH
8. Pidato Piala NC
Takde gamba sebab aku tak jumpa tapi kenapa aku list benda ni dalam ni adalah sebab awaktu aku tengah urus event ni, aku kena oversee satu event lagi yang tengah berlangsung dekat tempat lain dan juga ponteng ToT Fasasi. Sibuk gilerr hari ni sebab aku kesana kesini ! Dan yang paling teruk tu, takde audience so aku pun lari kesana sini minta tolong dengan orang suh penuhkan dewan. Sedih gilerrr time tu ! Nasib baik Adibah ade
9. Debat Mahasiswa bersama MPP
Pernah nampak MPP lawan Mahasiswa? Ramai cakp debat ni staged, tapi hanya pendebat je yang tau kitorang mmg takde berlakon sikit pun. Aku pun habis-habis aku hentam MPP. Bukan nak mencaras k, nak menambah baik perkhidmatan mereka.
Nak cerita lagi lanjut? Nantilaa kot sebab aku tengah pishang nak hurai satu-satu.
![]() |
| Debaters and some other people |
Yang ni tak banyak aku nak cerita tapi sejak aku join team ni, aku dah jadi emcee dua kali! Dan dua2 pun aku emcee English k. Perghhh, aktif tak aku?
K.
nampaknya sepanjang aku cuti ni, aku keja aku buat #TBT jelaa kan. Nak cerita balik benda-benda yang berlaku sepanjang Tahun 2 ni. Tapi aku citer yang penting jelaa. Nak huraikan semua memang idoklaaaa. Lenguh bai. Nak taip ni pun aku rasa macam tangan aku dah nak patah. Lainlaa kalau ada orang urutkan sambil aku taip-taip benda panjang ni.
k gerak lu pape roger.
// Lee










0 comments