Writing again

by - 12:20 AM

Bismillah.

Ya. Bukan blogging again, but writing again. In the past 8 months I didnt write anything here, a lot of things, I mean a hella ot of things had happen. Nak summarize every event, aku rasa tak adil sebab those every event deserve a good and proper writing which probably will never happen.

Its July and I just get over a relationship which  I'm not sure is real or not.

But hubungan tu yang buat aku pick up my pen, literally and start writing again (read:therapy) writing apa? hmm aku pun tak pasti. Yang penting, I in need to write sebab writinglaa terapi aku yang paling berkesan untuk aku merungkai segala apa yang terbuku dalam hati dan juga kepala aku.

Aku cakap aku taknak summarize kan tapi let just look at the events for the past 8 months aku menyepi dari menulis di dunia blog ni. dan aku rasa, untuk menyenangkan kerja aku, I'll post picture based events. HAHAHAHA

before Tahun 2, Semester 1

So before flying to Melaka to start as a Year 2 student, I was given the opportunity to be a TEACHER ! A real teacher hokeh, bukan yang cikgu suka-suka je. which akan aku huraikan bila free sebab like I said, if I give a summary for that fantastic experience, I do no justice to that precious memory. HAHAHAHA lawak pulak bila baca balik. k, lanje gambar jelaa. nak taip panjang mmg smpai besok tak habis dek non!


[ saje je gambaq name tag tu KAHKAH ]


[ dgn one of my students. lagi lawa dari aku cis]



Banyak gilerr kenangan dan thoughts yang aku nak tulis pasal position aku sebagai guru sandaran tapi buat masa sekarang, bia laa aku recap je.


Tahun 2, semester 1 (September 2015-January 2016)

Recap ni agak tak tersusun sebab aku buat ni berdasarkan instagram aku. So hurmmmm, lantaklaa kan sebab ni kan diary aku, orang baca, suka dia, tak baca pun suka dia. Yang penting aku nak tulis

1. Pertandingan Debat Alam Sekitar 2015, Universiti Teknologi Petronas

Yang ni best, sebab aku dapat title Pendebat Terbaik 3 kali ! Top 10 pendebat terbaik untuk pusingan saringan pulak tu. Dapat duit, dapat beg dan paling best dapat stay kat UTP! Besar gilerr uni tu, tapi dek kerana gejala jerebu kitorang mostly indoor je.


[ sunguh-sunguh aku berdebat weii demi kesejahteraan alam sekitar]

2. My second graduation ceremony di mana aku melihat sekali lagi orang konvo dan cuba dapatkan semangat study tu malangnya aku dah tak dapat nak rasa perasaan teruja macam aku Tahun 1 dulu.

3. Gunung Angsi

Weii ko nampak aku gemuk macam ni, kau jangan ingat aku takleh nak panjat gunung ! G3 pulak tu. Nak recap memang aku dah lupa. Yang aku ingat, waktu on the way pergi, kitorang singgah rumah Kojek makan masakan mak dia yang sangat sedap. Maklumlaa orang nogori yang masak. Lagi satu, waktu aku naik Gunung  Angsi, waktu tu aku second day period. Merecik uolsss tengah naik tu pulak deras. Dahtu aku sakit pinggang lakk, tapi gigih aku naik. Cuma puncak dia bosan sikt sbb tak nampak apa. Turun tu, aku ingat g, kitorang g ambik air bukit! Pperghhh, rasa dia weii ! Ingat nak uturn g ambil bebanyak sebab sedap sangat!!


Yes, nilah muka-muka lanun yang ikut sekali
4. Bulan Kesiapsiagaan Bencana 2015, AKEPT

Apa ni? National Preparedness Month Training Program ( Bulan kesiapsiagaan Banjir) 2015 by YSS dengan kerjasama dengan JPAM and MDEC yang berlangsung pada bulan Oktober di AKEPT, N9.

Ni camp dgn YSS sebab volunterism. Best. 

Paling best sebab MAKAN dan tempat tinggal kitorang tu dah macam hotel 3 bintang, Nak ulas panjang tapi dah tk berapa ingat dah!

Tapi seingat aku, balik dari camp ni, aku jadi Presiden Kelab. HAHAHAHAHA

5. Debat Perpaduan 2015, USM

Malas nak cakap panjang2 sebab team aku kalah teruk waktu ni. Tapi best sebab dapat jalan kat Penang! Nanti aaa aku tulis panjanggggggg panjangggggg pasal debat ni.


[ UTeM A and UTeM B]

6. Debat Gender 2015, UM

Datang sini sebenarnya sebagai researcher tapi akhirnya masuk team swing. Aku gabung dengan budak UKM, PERGHHH merasalaa aku berdebat BERSAMA orang hebat. Fakta klua dari mulut dia dah macam air. Walaupun tu auta, bukan fakta !


nak habaq apa lagi? nilaa pendebat UTeM

7. Kluang, Johor
Boleh tak aku taknak ulas ni panjang, nanti aku recap dalam masa terdekat ni aku pergi mana je semester break? ahaha, nampak tak aku dah makin malas nak recap.

yeah, muka stoned sebab baru nak sarapan 


tau tak aku tulis ni pukul berape? Kul 12 tengah malam dek non oiiii . itupun baru selesai recap semester 1 ! Semester 2 tak recap lagi tuuuu hahahahaha. 

okay, aku smabung next post, kang panjang-panjang, malas nak scroll. puii


//Lee 




You May Also Like

0 comments