twitter instagram
  • Home
  • Potato
  • Excerpt
  • Artsy
  • Photog
  • Life
    • Travel

    • Beauty

    • Food

H E A L I N G

posting uneventful events since 2013



Salam :)

Alhamdulillah, masih bernafas lagi pagi ini. Heh, sekarang aku tengah senyum samapai ke telinga sebab baru je lepas kena bagi cek gaji aku. Tak banyak sangat sebab aku start lambat. Cuma RM 599.17 je.

Alhamdulillah, adalah bikin sambung nyawa. Tapi tak cukup lagi neh kalau nak buat spec baru. Takpa ada rezeki aku buat bulan depan bila aku dapat gaji  yang kedua :)

Okay, kenapa pagi pagi dah membebal ? Mostly sebab sekarang Morning Briefing, all HODs tengah briefing la la la ~ jadi teda bos kuh di belakang so I'm free for about 35 minutes. lol

anyway, that gif. is totally me. 

Kalau guna lappy 1 Malaysia kuh yang cikai tuh, woah ! My typing speed is like WOW ~ laju weh. Kekadang aku tak tengok keyboard sangat. Sekali dekat office neh, typing spedd aku brrrr ~ sloww gilakk. Baru je ak adjust speed aku supaya laju tapi ERROR hampir 80% so aku agak lambat. Tambah lagi air con kat sini memang bagi aku beku. 

Pastu hampir setiap hari aku kena menaip sampai bahu aku sengal. Sengal lol. Right now I'm in the middle of doing training report yang aku abaikan sebab aku nak meluah. Wehehe

Dan I'm such a blabber mouth, aku kena cakap dengan orang, anyone will do, almost about everything that happens. Kalau dulu dekat sekolah, ada c Aty duduk sebelah ku, ada c Jusma kalau c Aty ndak hadir, tak pun kelas sebelah ada C salmah, Dang, Fira, Sury, di asrama, ada c Nur. Nah, I need someone who I can talk to like for everything and everyday, Phuuh. Of course anyone will do. Even macik yang duduk sebelah aku dekat bas pun boleh sebab aku cakap trivial matters je bukan cerita rahsia negara hapa.

Di tempat kerja neh, semua orang Cina dan of cos aku paham jugak cerita dorang tapi naa, they all already have families and have BIGGER problem than I am so ndak sesuai laa aku mau bawa bcakap pasal diri aku kan ? Macam minta puji pulak tuh. Takpa laa, buat masa neh, aku just bercakap melalui words through this belogg. Kehkeh.

I miss school and the people in it minus the tukang jaga kantin and paci zombie. Ehh, I miss paci zombie too. Uhahahah ~

Apapun, aku kena sambung kerja yang tergendala tadi tuh. Weuhuhu :)


今年 1番 幸せなのは
あなたのそばに いれたこと
( This year, the happiest thing is
Being able to be by your side)

Cherish - Ai Otsuka



9:13 AM 1 comments


In the pouring rain. Watching as he walked away . .


 I can't feel the air ,




My body feel weak and I broke down crying my hearts out . .




Manga : Taiyou No Ie ( House of The Sun)

- Thought I'd post something. This manga is one of my FAVOURITE !

5:45 PM No comments
Bismillah.

Salam.

 Hari neh buat dua entry dalam masa dua puluh empat jam. Baru habis baca post c Dang. Ya Allah, seronok sangat baca postnya sampai ndak sedar rupanya sak tengah gengam habis sarung bantal kuh. Dia cerita pasal ceritera sepanjang perjalanannya menuju UK dan hari hari pertama dia di sana.

Nak tau cerita sebenar ? Pergi laa jenguk beloggg dia :


http://dankedschoen.blogspot.com/2013/12/gadis-malaysia-di-united-kingdom.html




Oke, jelas sangat aku menipu kalau aku cakap yang AKU TAK JELES. I am jealous of her. Bak kata mak ciknya,


"kita sekarang berada di sebuah tempat impian jutaan manusia" 


Iya, dari aku kecil, sampai laa dah jadi orang dewasa, its my dream to travel. Bukan pegi London je, aku nak tengok dunia. When aku bilang tengok dunia, aku bukan cakap 6 hari 5 malam trip. Apa yang aku maksudkan ialah, aku nak TENGOK dunia as in LIVE in there. Bukan short trip, but a long shot trip.

TAPI !

Itukan rezeki C Dang, tak guna nak jeles, Insya Allah, Allah bagi kita rezeki yang sesuai dengan kita. Aku tumpang gembira untuk dia with a bit jealousy. ( Jangan ambik hati eh Dang ) Kekadang mau jugak ak cakap, 

Dang, boleh kah aku p sana ? Tambang semua tuh aku urus sendiri laa, tapi yang penting aku bole p sana maybe sama sama kita dalam 5-6 bulan ? Aku tanggung diri sendiri laa. Erm, bole kau bincang sama macik muh ?




What a selfish girl I am. Yeah, aku ada jugak terpikir macam tuh. Bukan sekali dua, hampir tiap hari. HARI HARI ! Terutama time aku tertengok pelancong  pelancong dari overseas. Ahahahah ~ I know I'm selfish and this post might hurt you in a way but jangan ambik hati yaa Dang ?

Bila aku cakap aku terpikir, yes, I'm thinking about this. Kalau pun aku bole pi sana, aku kena buat VISA, pas pekerja ( obviously sebab ak nak kerja di sana kan ), then I'm thinking about my family, about life di sana kalau ak jadi pergi. Yelah, sapa nak tengok tengok aku kat sana ? Mana ada family terdekat like sepupu sepapat kaa. Duit belanja aku kat sana, tempat tinggal ( of course ada c Dang, tapi smpai bila aku nak bergantung harap dengan dia ) then the MOST important thing is :

What will I become as I step onto a land of unknown even to myself ?

See ? Apa aku cakap pasal berfikir ? I am thinking ! Tapi semua tuh tak mampu nak halang aku tuk cek harga tiket dekat MAS dan AirAsia website. Tak salah kan untuk bermimpi ? Ceh, I'm getting old.

Kenapa timbul cerita pasal dreams pulak sedangkan aku nak cerita pasal perasaan aku yang tengah terumbang ambing dalam kegelapan dunia. Ceh. Aku baru je habis baca Kimi Ni Todoke manga, dan most rescent chapters are about dreams. Their dreams. Dan saat aku baca manga tuh aku dengar MP3 kuh dan play semua Folder yang ada kata dalam tuh. Lagu yang play tuh semua playing randomly and yang buat ak terpikir pasal dreams neh sebab lagu lagu yang random tuh semuanya MOST PLAYED SONG waktu aku belajar dulu dekat sekolah.

Aku nak pergi overseas.

Bukan sekali dua aku cakap pasal tuh dalam diari, dalam planner, dalam kertas kertas jawapan, dan semua tuh dah terpahat dalam hati aku. Overseas. Yes, its my dream. SPM ? Jangan cakap laa, bertapa aku kecewa saat aku dapat result tuh, all my dreams shattered into pieces. I'm growing up surround by stories of people going overseas. Novels mostly bagi aku impak yang sangat hebat. SANGAT SANGAT HEBAT sebab aku sampai bole TERANGAN ANGAN nak pergi luar negara. So, aku sedar aku tak akan kemana dengan result 4A tuh.

Mak aku pun kecewa sebab dia cakap aku bole buat lebih baik. I wish I can Mom, I wish I can.

Then, STPM ? Waktu SPM aku terlalu yakin aku dapat keputusan yang gempak gempita yang bole bagi aku masuk universiti kat Malaysia neh, takpun Matrikulasi laa. Tapi Allah bagi aku rezeki sambung di Form 6 aliran sains. Tawaran ? Ada, ak dapat Politeknik Premier dekat Johor, bidang engineer Mechatronics. Kecewa ? Taklaa, aku gembira SANGAT bila dapat tahu dapat bidang yang aku pohon. Dalam borang UPU tuh dengan jelasnya aku letak Mechatronics sebagai pilihan pertama. Kenapa tak pergi ? Simple reason : MAK AKU TAK BAGI AKU PERGI. 

Dan setiap kali aku cakap MAK AKU TAK BAGI PERGI, my heart squeezed a little of the thought that aku tak akan dapat jadi JURUTERA lagi lepas neh sebab Form 6 aku ambik BIOLOGI. oh ? Bioengneering you say ? I wish for that too. I do. I really do. Tapi dalam hidup neh, kita hidup tak ikut jalan cerita yang kita buat. Kita ikut apa yang Allah kasi kat kita. Bukan berputus asa tapi aku serahkan semuanya kepada Allah. He know best for me. I've suffered enough for all those broken dreams. For all those broken promises. For all those broken hopes.

Aku tak nak nanti aku ambik keputusan, Mak aku akan tengok aku dengan distant look yang dia kasi masa ak ambil keputusan SPM kuh dua tahun lalu. Aku tak nak rasa apa yang aku rasa waktu ambil keputusan tuh. Ak tak nak senyum pura pura depan orang lain padahal aku rasa nak meletup dengan perasaan.Aku tak nak rasa perasaan yang sama waktu aku kecewakan mak aku. All of those. I dont want to ever feel it again.

Biarpun macam terlambat aku cakap semua neh sebab sekarang aku tengah tunggu keputusan, tapi semua tuh aku dah catat dalam hati aku waktu aku melangkah masuk SMK Sandakn 8 May 2012. And yet, ak lupa janji aku pada diri sendiri. I was too conceited.


Aku ingat Form 6 macam Form 5, tapi silap besar di situ yaa. Sebab aku fail sem 1 , sem 2 dan aku lost words already kalau nak cakap pasal failure aku sepanjang Form 6. Lets stop with the failing stories. Its kinda painful and my heart tighten already sebab aku LUPA dan BREAK my own promise to myself. Itu belum masuk cerita promises aku dengan Dedy. *smile*



Tapi, tak salah kan punya dreams ? heh, I'm getting old I guess. Apa aku melalut tengah malam buta neh ? Bila aku baca balik sebab nak tengok misspelled words aku perasan yang biarpun cerita aku masih cakap pasal DREAMS of mine, tapi it really BANYAK. Banyak apa ? Content dia. Eh, apasal aku menghurai post sendiri neh ?

Anyway, dari cerita jealousy pasal Dang sampai London, pergi cerita aku nak p sana, SPM, STPM, pasal broken hopes and promises. Banyak, kan ? Dan MP3 aku dari tadi sampai sekarang playing all those songs yang buat aku sebak.

Alia, kena sabar. Janji Allah itu pasti.



Aku tengok belogg orang semua post benda benda yang bermanfaat, aku neh je yang melalut yang bukan bukan. Blegh.


- People often dreams to escape reality. But dreams sometimes become reality if you work hare enough -

p/s : I dont think I have any luck with my France lessons. Its self study and I'm a lazy ass girl.





11:36 PM No comments
Salam.

A relationship indeed.



Quite a quote.


8:54 AM No comments
Asalamualaikum.

Yang nie post random random random.


Semalam start tengok Ao no Exorcist. Best ! SANGAAT !

Nak jugak den menghurai tapi belum habis tengok lagi. Baru episode 13 semlam. Kerja oii, kalau ndak, habis tuh 26 episode dalam satu hari. Anyway, this story is FUNNY! Tapi buat aku nangis di episode 2.

Nak tau cerita lebih lanjut klik laa di dini >>> http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_Exorcist

Cerita dia memang best laa steakat neh. Tapi yang betul betul buat aku SUKA dangan ceita neh sebab OST dia GEMPAK ! sangat.



The main character : Rin and Yukio Okumura. Their twins despite the HUGE difference !


The cram school friends with Rin and Yukio


All the IMPORTANT character


Of course my new hubby. Rin Okumura in his demon flame ~

Yang aku paling suka tuh lagu opening dia pertama tuh. Lirik dia yang lekat kat hati aku ialah



' Life's a bitch. If its easy, you're doing it wrong.'




Kan dah ada link kat atas, jadi kalau nak tahu pergi laa link tuh. Ak tak baca pun link tuh sebab ada spoilers ! Tak nak ! Ak nak berjuang tengok anime neh sampai the last episode. Lagipun cerita dia neh oke kalau nak buat semangat tuh naik balik. Tapi content cerita neh ada mengaru sikit. Well, semua cerita kartun//anime memang mengarut pun. Wait, cerita korea pun kadang kadang mengarut jugak.

Bak kata Einstein.




Hora. I'm done doing randomness today and probably continue doing randomness again after finishing Ao no Exorcist.


Ciao.

Btw, I'm in a process of learning French.

Vonjour >_<




9:08 AM No comments
Asalamualaikum.

Ehem, Alhamdulilah hari nie masih ada peluang lagi untuk ak tulis belogg dalam keadaan yang mencurigakan di opis ini. Muehehe ~

Hari ni  terbaca post c Dang. Kesian kat dia, sakit. Aduii, budak sorang neh memang aku risau sangat kalau dia sakit. Maklum laa, orangnya lemah tak berdaya, muaha ( soryy Dang :3 ) Start kenal waktu kitorang sama sama tercampak ke dalam kelas Sains time Form 4. Mula rapat waktu Form 6 sebab kitorang legend kat sekolah #TheAwesomeCrew yang ada tujuh oraang semuanya.

Hari ni tak nak aku meluah pasal kerterbilangan legend aku ngan Awesome Crew kat sekolah sebab aku nak dedikasikan post ini khas buat kau Dang. Ini kiranya conclusi aku laa, nak cakap semua benda ne kat telepongg macam tak senonoh pulak, plus aku tak suka menghadap Facebook yang indah tuh.


Says :

" Hai Dang ? Genki desu ? Aku harap kau dah sihat. Kalau sakit pun tak pa kan ? Sakit kan penyembuh dosa kecil ? Aku tak pandai berbahasa, ndak pandai mau tulis pembuka ayat yang kabom! I'm just me who don't know how to speak the words people want to hear the most.

Firstly, aku ndak sangka yang kita akan berpisah BENUA dan TIME SPACE. Waktu slumber party dekat rumah aku tuh, kita ada cerita cerita pasal kau mau p London kan ? Waa, aku gembira dan excited untuk kau Dang. Kau laa yang paling awesome ! Tapi bila dapat berita yang kau betul betul mau TERBANG pergi benua lain, aku terasa kehilangan. Gembira untuk kau jugak, tapi pada masa yang sama aku harap kau ndak pergi. Sorry, aku jahat kaa kalau pikir cenggitu ? 

Jujur, meleleh sudah air mata kuh menulis post ne, habis suda cara aku cover line di opis neh. Nasib teda bos ku, dia cuti. Kalau ndak, kantoi tulis surat cinta buat kau. Kau sakit kan ? Bukan saja demam tapi hati kau pun sakit kan ? Aku rasa sedih sangat sebab aku rasa aku ndak boleh buat apa apa untuk kau buat masa ni. Sambil kau menghitung tarikh mau TERBANG, aku pun ikut menghitung di sini. Menghitung bulan, waktu kita akan jumpa lagi.

Dan aku boleh bayangkan yang kau mesti sudah dewasa dibandingkan last aku jumpa kau yang berumur 19 tahun dengan baju kurung flowered pattern pink color tuh. Aku dah boleh bayangkan cerita cerita muh di sepanjang pengembaraan muh di tanah orang. Dan kau akan bercerita dengan tangan terawang awang dengan senyuman yang tak putus putus. Kau akan cerita semua cerita yang buat kau gembira sebab aku tahu biar susah mana pun kau, kau tak akan cerita benda yang buat kami risau, kan ?

saat ini, waktu in Dang, aku paling menyesal tak dapat jumpa dengan kau time paper Chemistry hari tuh. Aku menyesal ndak dapat peluk kau dan salam kau dengan stail kita yang awesome tuh. Tapi life go on kan ?

Hai sayang ? Nanti waktu flight, jangan takut oke ? Semuanya akan baik baik sahaja . Bila transit di negara orang tuh, jan merayau sangat, nanti tertinggal flight kau. Sampai di London, jan lupa kirim salam dengan mamat British untuk aku yaa ?

Jaga diri dan try to makan DAGING ! Aku tak minta kau uplaod gambar kaa apa kah, yang penting di mana sak kau berada, kau sentiasa sihat. Kau update saja belogg muh sebab aku baca tuh semuanya.


Kau tau Dang, perasaan muh terhadap Mr Hasbie akan berlalu jugak tuh dalam masa 2 atau 3 minggu. Perasaan itu tak mungkin hilang, it stays with you forever. Dia adalah one of yourself, sama macam kau yang sudah jadi part of me. Sakit itu akan tetap ada, tak mugkin bole kau lupa. Tapi terima saja sakit itu dengan hati terbuka supaya nanti, kau boleh tersenyum,

Kau teruskan hidup oke ? Dimana pun kau berada lepas neh.

Hey ? Esok dah turun Johor, kan ? 





Jaga diri Dang. Aduhh, aku menangis lagi !



Buat masa ini DANG ! itu saja yang aku boleh cakap untuk kau :)


N.A.R
The Awesome Crew
19.12.2013




1:41 PM 1 comments
hem, Bismillah.

Rasanya belum sebulan aku tinggalkan dunia persekolahan. Yelaa, last aku pergi sekolah adalh 02 Disember yang lalu. Okay, baru 15 hari yang lalu. Sekarang neh bos aku cuti so aku kira curi curi laa buat entri kat blog neh. PC aku kat office neh Facebook dan Youtube, dua dua kena block. Sedih ? Takde laa, jauh dari sedih, aku lebih gembira, sebab aku bukannya Facebookers tegar. Aku lebih suka melalut sendiri dalam belogg ini. Muhehe

Apasal tajuk makan tengah hari ?

Sejak aku kerja neh, susah SANGAT aku nak menyimpan duit. Sebab kalau setakat bagi RM 5 macam hari ni, memang ikat perut aku. Nasib baik tadi Nasi Kuning tuh harga RM3.50 , tinggal RM1.50 lagi duit aku, tambang seringgit dah tinggal 50 sen. Nasib baik aku ada syiling syiling yang berterabur dalam beg kuh neh. Kalau tidak, takda tambang aku nak pulang.


Dulu waktu masih bergelar pelajar sekolah, RM 5 tuh dh jadi satu luxury bagi aku. Yelah, sebelum tinggal asrama, kalau tambang tuh, kira RM 1 je pulang balik. Ada laa lagi RM 4, nak makan pun macam macam bole dapt. Nasi Kuning satu setengah, Mee lima posen, kuih 40 posen. Dan masih bole simpan dua rinngit.

Tinggal kat asrama lagi masyuk, duit tak keluar langsung kecuali nak beli makanan ringan atau nak beli toiletries. Dapat laa simpan sikitsikit biarpun tak banyak.

Dan duit yang ak simpan waktu aku tinggal di asrama tuh dah takda dalam simpanan sebab sejak ak start kerja, aku nak beli kasut ( biarpun akak aku yang sponsor), aku nak beli refreshment ak kat opis neh. Lagipun, sebelum aku start kerja jadi kerani, aku kerja kat B*****L dulu. Aku kena buka bank dan duit kat bank tuh dah habis buat celebrate birthday kitorang hari tuh ( aku, akak ak, abang aku)

Kiranya aku memang sudah di isytihar MUFLIS buat masa ini hingga hujung bulan, Muahaha, hujung bulan dapat gaji memang belanja sakan laa aku. Tapi mostly aku nak beli kan barang barang yang aku dah janji nak belikan untuk Mak aku. Baju kasut aku tuh, insya Allah aku beli kalau dah habis belanja barang rumah dan bayar letrik segala bagai.

Tak lupa jugak, aku kena simpna duit sebab nak saki Gunung Kinabalu bulan tiga tahun depanggg. Wahahah, tak sabar den. Tapi sabar tak sabar, kos nak daki tuh bukan beratus tapi beribu ! Mak aiii ~ mahal nak mampos ! nasib aku memang nak daki gunung tuh dari dulu, kalau tak, swwwaiiii, tak hendak aku menghabiskan ribuan ringgit semata mata kerana gunung. Hehe.



Lunch hour dah habis, entri aku untuk hari ni pun dah habis.


See you later

xoxo

IeaLee////
1:05 PM No comments
grrrr ~ 

Hari ini memang sakit. Sebab dah officialy kerja jadi Admin Assistant for Humon Resources kat sebuah hotel. Nama hotel ? Lol, biarlaa ak je yang mengetahuinya. Sebab sekarang neh ak  kan kejja yang melibatkan kompany besaq so tak nak laa satu hari nanti bala pula yang datang menimpa sebab ak excited cerita pasal pengalaman kuh. Uissee, minta jauh !

So, I am now in a new world. Being an adult is such a pain. Sungguh. 

Aku baru sehari kerja kat sana jadi Admin Ass. tapi sebelum ak kena terima tuh, aku ada keja jadi Saleswoman. Kena ketuk pintu ke pintu dowh ! OHH SYAEDDD ! betul laa pain.

So, let me begin the story with my first job after OFFICIALLY graduate.

First Job :

Jadi pengedar untuk satu produk penapis air bagi syarikat B*****L. hA.hA.Haa

Memang sakit boss ! Kena jalan bawah panas terik mentari dan ketuk rumah orang. Siap kena halau lagi tuh. MALU siot !! Tapi kira pengalaman jugak laa. Kitorang kena paksa orang cuba kitorang punya produk atleast 5 hari pastu kalau nak ke tak nak ke kita bole cobut balik. Sungguh! Nak paksa orang cuba tuh pun nak patah lidah apatah lagi nak suruh dia pasang. Memang mencabar jugak laa. Tapi aku tahan 5 hari je, dan hari neh name tag ak sebagai Appointed Distributor datang. HA.HA.

FORGET IT ! Tak nak aku menyambung keja macam tuh lagi. Dahlaa anemia aku neh tahap kritikal dua tiga hari neh. Memang ak tak lah tahan laa. Insya Allah aku hantar resign letter hujung bulan neh.


Second Job :


Hari ini hari pertama aku jadi Admin Assistant. Sakit batang hidung aku menghadap komputer tuh sepanjang hari. Itu belum lagi cerita pasal air conditioner opis tuh yang tahap beku. Adehh, my nose feel numb. Dan tangan aku tak habis habis keluar peluh. Nak menulis pun susah. Aisehh. 

Tapi kira best laa jugak. Baru kerja laa kata kan. Yosh, aku nak berusaha untuk hari esok. 

See yaa !!

#AwesomeLegacy I miss you guys !!

Kisah sekolah lain kali cerita. Woahahaha.


T.T

iEA Lee.



Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti 2012/2013

Guys, I really miss you. waaa ~ sedih gilerr !!
9:09 PM No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


A potato.
Posting uneventful life events since 2013.
Traveler.
writing, drawing and photography is my passion but I suck at it so I just write, draw and took pictures that look like shit

Labels

Artsy Beauty Books Excerpt Food Japan Photography Travel anime family instagram poem

recent posts

Blog Archive

  • ►  2021 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2020 (4)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (11)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (2)
  • ►  2018 (28)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (5)
  • ►  2017 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2015 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (25)
    • ▼  December (8)
      • My Everyday.
      • I can't breath.
      • Dreams. Broken Dreams
      • A relationship.
      • Ao no Exorcist.
      • Perjalanan seorang kawan
      • Makan Tengah Hari Sang Kerani.
      • Venturing to the new world.
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates