twitter instagram
  • Home
  • Potato
  • Excerpt
  • Artsy
  • Photog
  • Life
    • Travel

    • Beauty

    • Food

H E A L I N G

posting uneventful events since 2013

Assalamualaikum !?

Anyeong ~ Konnichiwa !! haiieeeeee /lambai tangan laju laju ~\

Hari neh, entri akuh pasal drama Miss E !

sApa Miss E ? biarlah rahsia, akuh tak nak sebut nama full dia sebab susah nek eja !

Miss E merupakan kawan(?) satu sekolah ngan aku sejak Form 1  lagi tapi kami tak pernah sekelas. jAdi aku pun tak tahu laa macam mana perangai Miss E neh yang sebenarnya .

Secara luarannya, aku tengok dia neh macam kesunyiaan je . yELAh, dia mana ada kawan rapat, aku tengok . Ada pun , sorang je , itu pun macam tak kawan sangat ngan dia. hailaa, kesian Miss E. Lepas tuh dia neh aku nampak , stubborn gilerr ! nampak macam cold-blooded person pun ada. Jarang aku tengok dia senyum, tapi bila dah senyum kira cantik jugak laa. tapi yang aku tak tahan sangat ngan Miss E neh, mulut dia!

okeh, aku pun jahat mulut juga , tapi dia neh punya mulut memang main tembak je sesapa dia nak tembak.

Kenapa Drama Miss E ?

hAri tuh, dia ada post kaT FB . dia cakap kat FB dia yang kalau org bawahan buat kerja, orang atasan yang tak buat kerja yang dapt semua pujian. pemalas betul !

aku tak tau pulak dia ada post benda tuh. Kena pulak, waktu tuh, dia buat papan kenyataan 1M1S yang sepatutunya keja Biro Sukan MPP. Sumpah aku tak tahu pun dia yang buat tuh semua. Aku ingat Biro Penerangan yang buat since dorang satu minggu tuh sibuk urus papan kenyataan je. Jadi bila Iyma bagitau aku pasal benda neh, aku memang terkejut beruk!

WHat? Kalau kau tak nak buat jangan laa buat. Papan kenyataan 1M1S tuh, cikgu Elia cakap jangan kacau dulu. Jadi budak Biro Penerangan takde laa kacau.

Hari neh, aku mintak penjelasan dengan member yang lain. Apasal dia cakap macam tuh, kenapa dia yang buat, sapa yang suru. Aku nak tahu dulu semua tuh. Post dia tuh takda laa buat ak marah sangat, tapi sedih. Yelah, selama neh , penat weii kami buat kerja nak pastikan setiap aktiviti berjalan lancar, senang je orang cakap goyang kaki. perghh, mendidih darah aku !

Jadi, aku tanya laa ngan yang lain. Dorang cakap tak tahu sapa yang suruh. Jadi aku bawa Jusma, cari cikgu Elia, tapi dia pun tak tahu , siap gelak gelak lagi bila kitorang tanya sapa . Jadi kami pergi cari cikgu Hamdan, cikgu Hamdan pun tak tahu jugak, dia suruh tanya cikgu Jannie , cikgu Jannie suruh tanya cikgu Rozita !

rupanya kunci segala persoalan terletak pada cikgu Rozita.

Dia cerita, oleh sebab nak zoning kat sekolah, dia nak tukar tarikh je kat papan kenyataan tuh, takyah tukar dulu sebab takut lambat. Tapi Miss E yang kebetulan ada kat situ cakap kat cikgu Rozita tuk buat sekali supaya tak buat keja banyak kali. Miss E yang offer diri tuk buat kerja tuh rupanya.

Case Solved !

Jadi kitorang ingat nak confront kat dia. Aku tak pandai nak cakap lembut , bahasa pun memang kasar dan aku jenis yang cakap direct terus jadi aku tak nak cakap ngan dia . Jusma pun macam mau cakap ngan dia, jadi aku suruh dia je laa . bukan lari dari tanggungjawab tapi aku tak nak bear guilty feeling lepas aku bercakap dengan Miss E .

bINCANG PUNYA BINCANG.

Miss E cakap, semua tuh misunderstanding je. Bukan kitorang yang dia maksudkan. Aku memang tak leh terima penjelasan dia tuh tapi dia cakap macam tuh , takda pilihan kena percaya jugak laa kan. Dia punya hidup revolve around school je , jadi sap yang dia maksudkan tuh ? aku pun nak tahu juga kebenarannya !

Aku tak percaya orang sangat. Susah aku nak percaya ngan orang neh. Lagipun kita tak tahu hati orang macam mana kan ? Miss E dah deactivate akaun FB dier, tak tau laa dia terasa ke hapa bila Jusma tegur. Aku tak kesah laa, suka hati dia laa. Malas aku nak menyakiti hati sendiri neh. Payah nak mengubatnya nanti :)

Drama sangat kehidupan neh kan ? Macam kisah drama Miss E tuh .

- Jalan hidup neh terlalu panjang sehingga kekadang diri terlupa arah hendak dituju-

sampai kat sini dulu kisah hidup chek Leeya . Lain hari sambung lagi .

Baibai ~ Jya naa !
3:11 PM No comments
Assalamualaikum. Anyeong ~ Konnichiwaaaaaaaaaaaa ~

Stiff shoulder.

apasal ? Meh sini aku ceritakan apasal aku mengalami stiff shoulder.

Aku tengah buat PBS Pengajian Am kuh yang telah tergendala dan hanya dibuat apabila aku ada mood seperti tadi petang. Malangnya, setelah beberapa jam duduk menghadap lappy dan memikirkan dapatan kajian akuh neh, bahu start keras dan sakit.

Maigadddd ~ Benda neh kena hantar esok ! ESOK ! power point dia pun aku tak buat lagi !

Baru dua jam kot aku duduk. Buat graf.
Analisis aku dah siap, tapi hari tuh cikgu bagi taklimat. Suruh kami tambah graf di setiap huraian analisis persepsi.

ahh /wide eyes\ apa yang akuh cakap neh  ?

OkEh , bebeh . Meh aku cerita apa tuh PBS sebelum Korang mula pening.

PBS neh merupakan sebuah kerja. haha okeh, kerja neh merupakan kajian yang setiap pelajar kena buat. Oleh sebab kami(mewakili semua plajar Pra U batch 2012/13) merupakan kohort pertama Tingkatan 6 yang menjalani sistem semester, kami juga mendapat tahu bahawa setiap subjek akan dilengkapi dengan sebuah PBS kecuali Maths( ada coursework setiap sem), bio, kimia dan physics sebab tiga subjek sains neh menjalankan sekurang kurangnya 5-7 experiment setiap sem.

Kajian aku berkisar mengenai kereta sapu. Okeh, dalam banyak banyak tajuk pengangkutan dan perniagaan  iaitu tema PBS neh, aku telah memilih tajuk yang SUSAH ! okeh laa kan, cabaran neh tuk aku. itu yang aku pikir waktu hantar tajuk dan objektif kajian aku kat cikgu. Sekali dah buat, memang SUSAH !

kAJian neh tak leh main tipu tipu okeh ! kitorang kena sediakan SENDIRI borang soal selidik . Borang soal selidik neh kemudiannya akn diedarkan kepada responden yang dimahukan. sekurang kurangnya 20-30 responden . Selepas itu, borang soal selidik ini akn di decipher /giggle\ . Dicepher kepada apa ? okeh, aku nak juga bagi contoh kat sini tapi bila dah habis sem 2 kot baru aku uplod. Sebab tak siap lagi laa ~

Borang soal selidik tuh kemudiannya akan dihurai dan dipersembahkan dalam bentuk data. Suka hati laa nak pakai graf apa tapi yang penting huraian mesti ada! Neh yang penting dan yang paling menyakitkan hati juga laa tym buat. NAK pikir pasal ayat yang kena buat tuh yang payah. Yelah kan, takkan nak pakai ayat yang sama je . Penanda wacana sangat membantu aku ketika aku buat neh.

Pada pendpaat AKU lah kan, yang paling susah kat sini adalah waktu buat borang soal selidik. sebab apa ? Sebab, kita kena buat soalan yang menepati objektif kajian. Dan pastikan apabila responden menjawab, soalan yang dikemukan semuanya boleh difahami dengan jelas. Takyah laa nak buat ayat yang gemilang! Yang penting sang responden faham. hehe /giggle\

Analisis tuh aku buat sekejap je dari jam 10 malam sampai 3 pagi hari khamis minggu lalu. Duduk menghadap laptop. Mak aku asyik jenguk aku je sebab takut dengar bunyi keyboard yang dah mcam bunyi perang je. Yelah, aku taip laju then, bunyi keyboard neh memberikan respon yang positif kat aku. Tanda semangat aku yang membara. hailaa ~ apa aku merepak neh ?

okeh laa, stiff shoulder aku pun bukan leh baik laupun aku tulis kat sini. Just nak berkongsi je.

Kerja aku tuh tak siap lagi. Tinggal modified graf je. Then copy paste je kat huraian analisis. TAPI, benda tuh belum siap ! arghhh /turn table\

Hailaa ~

Ceritera perjalanan hidup seorang insan bernama LeeYa terhenti dulu saat ini. Panjang umur, update lagi .

Setiap orang ada cerita hidup masing masing. And THIS is my story.

Adios amigos . Jyaa naa ~



7:53 PM No comments
Assalamualaikum ! Hai , konichiwaaaa ~ anyeong !!

Haha, aku blogging lagi . Wae ?

Aku tak tau laa apasal aku p delete exBlog ak, tapi aku rasa aku patut ? uh ? sumpah , aku pun tak tahu.

yANg aku tahu, pasne , yang neh bebetul taknak padam dah.

okayy ~

another blog, another intro 'bout me laa kan ? aiiss . Takya laa aku nak intro panjang ~ tengok je laa profile tuh naa ~ jan lupaa add ak kat Google+ , malas aku asyik bebalas email ngan tweeter sebab lupa password ! aiish .

jyeaah, just like the title of this blog, its about my life journey ! Hell yeah it is. Takkan ak nak tulis cerita hidup orang pulak kan ? dah macam buang tebiat pun ada , tehee -__-'

okeh okeh , aku nak bagi lawa blog neh . yelaa , takkan nak ngaku The Cutest Blog on Eart tapi theme guna all black je kan ?

kay ~ adioss ~ jya naa !
4:49 PM No comments
Newer Posts

About me

About Me


A potato.
Posting uneventful life events since 2013.
Traveler.
writing, drawing and photography is my passion but I suck at it so I just write, draw and took pictures that look like shit

Labels

Artsy Beauty Books Excerpt Food Japan Photography Travel anime family instagram poem

recent posts

Blog Archive

  • ►  2021 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2020 (4)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (11)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (2)
  • ►  2018 (28)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (5)
  • ►  2017 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2015 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (25)
    • ►  December (8)
    • ►  October (1)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (3)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ▼  March (3)
      • Drama Miss E !
      • Stiff shoulder.
      • Blogging lagi !

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates