Assalamualaikum. Anyeong ~ Konnichiwaaaaaaaaaaaa ~
Stiff shoulder.
apasal ? Meh sini aku ceritakan apasal aku mengalami stiff shoulder.
Aku tengah buat PBS Pengajian Am kuh yang telah tergendala dan hanya dibuat apabila aku ada mood seperti tadi petang. Malangnya, setelah beberapa jam duduk menghadap lappy dan memikirkan dapatan kajian akuh neh, bahu start keras dan sakit.
Maigadddd ~ Benda neh kena hantar esok ! ESOK ! power point dia pun aku tak buat lagi !
Baru dua jam kot aku duduk. Buat graf.
Analisis aku dah siap, tapi hari tuh cikgu bagi taklimat. Suruh kami tambah graf di setiap huraian analisis persepsi.
ahh /wide eyes\ apa yang akuh cakap neh ?
OkEh , bebeh . Meh aku cerita apa tuh PBS sebelum Korang mula pening.
PBS neh merupakan sebuah kerja. haha okeh, kerja neh merupakan kajian yang setiap pelajar kena buat. Oleh sebab kami(mewakili semua plajar Pra U batch 2012/13) merupakan kohort pertama Tingkatan 6 yang menjalani sistem semester, kami juga mendapat tahu bahawa setiap subjek akan dilengkapi dengan sebuah PBS kecuali Maths( ada coursework setiap sem), bio, kimia dan physics sebab tiga subjek sains neh menjalankan sekurang kurangnya 5-7 experiment setiap sem.
Kajian aku berkisar mengenai kereta sapu. Okeh, dalam banyak banyak tajuk pengangkutan dan perniagaan iaitu tema PBS neh, aku telah memilih tajuk yang SUSAH ! okeh laa kan, cabaran neh tuk aku. itu yang aku pikir waktu hantar tajuk dan objektif kajian aku kat cikgu. Sekali dah buat, memang SUSAH !
kAJian neh tak leh main tipu tipu okeh ! kitorang kena sediakan SENDIRI borang soal selidik . Borang soal selidik neh kemudiannya akn diedarkan kepada responden yang dimahukan. sekurang kurangnya 20-30 responden . Selepas itu, borang soal selidik ini akn di decipher /giggle\ . Dicepher kepada apa ? okeh, aku nak juga bagi contoh kat sini tapi bila dah habis sem 2 kot baru aku uplod. Sebab tak siap lagi laa ~
Borang soal selidik tuh kemudiannya akan dihurai dan dipersembahkan dalam bentuk data. Suka hati laa nak pakai graf apa tapi yang penting huraian mesti ada! Neh yang penting dan yang paling menyakitkan hati juga laa tym buat. NAK pikir pasal ayat yang kena buat tuh yang payah. Yelah kan, takkan nak pakai ayat yang sama je . Penanda wacana sangat membantu aku ketika aku buat neh.
Pada pendpaat AKU lah kan, yang paling susah kat sini adalah waktu buat borang soal selidik. sebab apa ? Sebab, kita kena buat soalan yang menepati objektif kajian. Dan pastikan apabila responden menjawab, soalan yang dikemukan semuanya boleh difahami dengan jelas. Takyah laa nak buat ayat yang gemilang! Yang penting sang responden faham. hehe /giggle\
Analisis tuh aku buat sekejap je dari jam 10 malam sampai 3 pagi hari khamis minggu lalu. Duduk menghadap laptop. Mak aku asyik jenguk aku je sebab takut dengar bunyi keyboard yang dah mcam bunyi perang je. Yelah, aku taip laju then, bunyi keyboard neh memberikan respon yang positif kat aku. Tanda semangat aku yang membara. hailaa ~ apa aku merepak neh ?
okeh laa, stiff shoulder aku pun bukan leh baik laupun aku tulis kat sini. Just nak berkongsi je.
Kerja aku tuh tak siap lagi. Tinggal modified graf je. Then copy paste je kat huraian analisis. TAPI, benda tuh belum siap ! arghhh /turn table\
Hailaa ~
Ceritera perjalanan hidup seorang insan bernama LeeYa terhenti dulu saat ini. Panjang umur, update lagi .
Setiap orang ada cerita hidup masing masing. And THIS is my story.
Adios amigos . Jyaa naa ~
0 comments