twitter instagram
  • Home
  • Potato
  • Excerpt
  • Artsy
  • Photog
  • Life
    • Travel

    • Beauty

    • Food

H E A L I N G

posting uneventful events since 2013



Salam :)

Alhamdulillah, masih bernafas lagi pagi ini. Heh, sekarang aku tengah senyum samapai ke telinga sebab baru je lepas kena bagi cek gaji aku. Tak banyak sangat sebab aku start lambat. Cuma RM 599.17 je.

Alhamdulillah, adalah bikin sambung nyawa. Tapi tak cukup lagi neh kalau nak buat spec baru. Takpa ada rezeki aku buat bulan depan bila aku dapat gaji  yang kedua :)

Okay, kenapa pagi pagi dah membebal ? Mostly sebab sekarang Morning Briefing, all HODs tengah briefing la la la ~ jadi teda bos kuh di belakang so I'm free for about 35 minutes. lol

anyway, that gif. is totally me. 

Kalau guna lappy 1 Malaysia kuh yang cikai tuh, woah ! My typing speed is like WOW ~ laju weh. Kekadang aku tak tengok keyboard sangat. Sekali dekat office neh, typing spedd aku brrrr ~ sloww gilakk. Baru je ak adjust speed aku supaya laju tapi ERROR hampir 80% so aku agak lambat. Tambah lagi air con kat sini memang bagi aku beku. 

Pastu hampir setiap hari aku kena menaip sampai bahu aku sengal. Sengal lol. Right now I'm in the middle of doing training report yang aku abaikan sebab aku nak meluah. Wehehe

Dan I'm such a blabber mouth, aku kena cakap dengan orang, anyone will do, almost about everything that happens. Kalau dulu dekat sekolah, ada c Aty duduk sebelah ku, ada c Jusma kalau c Aty ndak hadir, tak pun kelas sebelah ada C salmah, Dang, Fira, Sury, di asrama, ada c Nur. Nah, I need someone who I can talk to like for everything and everyday, Phuuh. Of course anyone will do. Even macik yang duduk sebelah aku dekat bas pun boleh sebab aku cakap trivial matters je bukan cerita rahsia negara hapa.

Di tempat kerja neh, semua orang Cina dan of cos aku paham jugak cerita dorang tapi naa, they all already have families and have BIGGER problem than I am so ndak sesuai laa aku mau bawa bcakap pasal diri aku kan ? Macam minta puji pulak tuh. Takpa laa, buat masa neh, aku just bercakap melalui words through this belogg. Kehkeh.

I miss school and the people in it minus the tukang jaga kantin and paci zombie. Ehh, I miss paci zombie too. Uhahahah ~

Apapun, aku kena sambung kerja yang tergendala tadi tuh. Weuhuhu :)


今年 1番 幸せなのは
あなたのそばに いれたこと
( This year, the happiest thing is
Being able to be by your side)

Cherish - Ai Otsuka



9:13 AM 1 comments


In the pouring rain. Watching as he walked away . .


 I can't feel the air ,




My body feel weak and I broke down crying my hearts out . .




Manga : Taiyou No Ie ( House of The Sun)

- Thought I'd post something. This manga is one of my FAVOURITE !

5:45 PM No comments
Bismillah.

Salam.

 Hari neh buat dua entry dalam masa dua puluh empat jam. Baru habis baca post c Dang. Ya Allah, seronok sangat baca postnya sampai ndak sedar rupanya sak tengah gengam habis sarung bantal kuh. Dia cerita pasal ceritera sepanjang perjalanannya menuju UK dan hari hari pertama dia di sana.

Nak tau cerita sebenar ? Pergi laa jenguk beloggg dia :


http://dankedschoen.blogspot.com/2013/12/gadis-malaysia-di-united-kingdom.html




Oke, jelas sangat aku menipu kalau aku cakap yang AKU TAK JELES. I am jealous of her. Bak kata mak ciknya,


"kita sekarang berada di sebuah tempat impian jutaan manusia" 


Iya, dari aku kecil, sampai laa dah jadi orang dewasa, its my dream to travel. Bukan pegi London je, aku nak tengok dunia. When aku bilang tengok dunia, aku bukan cakap 6 hari 5 malam trip. Apa yang aku maksudkan ialah, aku nak TENGOK dunia as in LIVE in there. Bukan short trip, but a long shot trip.

TAPI !

Itukan rezeki C Dang, tak guna nak jeles, Insya Allah, Allah bagi kita rezeki yang sesuai dengan kita. Aku tumpang gembira untuk dia with a bit jealousy. ( Jangan ambik hati eh Dang ) Kekadang mau jugak ak cakap, 

Dang, boleh kah aku p sana ? Tambang semua tuh aku urus sendiri laa, tapi yang penting aku bole p sana maybe sama sama kita dalam 5-6 bulan ? Aku tanggung diri sendiri laa. Erm, bole kau bincang sama macik muh ?




What a selfish girl I am. Yeah, aku ada jugak terpikir macam tuh. Bukan sekali dua, hampir tiap hari. HARI HARI ! Terutama time aku tertengok pelancong  pelancong dari overseas. Ahahahah ~ I know I'm selfish and this post might hurt you in a way but jangan ambik hati yaa Dang ?

Bila aku cakap aku terpikir, yes, I'm thinking about this. Kalau pun aku bole pi sana, aku kena buat VISA, pas pekerja ( obviously sebab ak nak kerja di sana kan ), then I'm thinking about my family, about life di sana kalau ak jadi pergi. Yelah, sapa nak tengok tengok aku kat sana ? Mana ada family terdekat like sepupu sepapat kaa. Duit belanja aku kat sana, tempat tinggal ( of course ada c Dang, tapi smpai bila aku nak bergantung harap dengan dia ) then the MOST important thing is :

What will I become as I step onto a land of unknown even to myself ?

See ? Apa aku cakap pasal berfikir ? I am thinking ! Tapi semua tuh tak mampu nak halang aku tuk cek harga tiket dekat MAS dan AirAsia website. Tak salah kan untuk bermimpi ? Ceh, I'm getting old.

Kenapa timbul cerita pasal dreams pulak sedangkan aku nak cerita pasal perasaan aku yang tengah terumbang ambing dalam kegelapan dunia. Ceh. Aku baru je habis baca Kimi Ni Todoke manga, dan most rescent chapters are about dreams. Their dreams. Dan saat aku baca manga tuh aku dengar MP3 kuh dan play semua Folder yang ada kata dalam tuh. Lagu yang play tuh semua playing randomly and yang buat ak terpikir pasal dreams neh sebab lagu lagu yang random tuh semuanya MOST PLAYED SONG waktu aku belajar dulu dekat sekolah.

Aku nak pergi overseas.

Bukan sekali dua aku cakap pasal tuh dalam diari, dalam planner, dalam kertas kertas jawapan, dan semua tuh dah terpahat dalam hati aku. Overseas. Yes, its my dream. SPM ? Jangan cakap laa, bertapa aku kecewa saat aku dapat result tuh, all my dreams shattered into pieces. I'm growing up surround by stories of people going overseas. Novels mostly bagi aku impak yang sangat hebat. SANGAT SANGAT HEBAT sebab aku sampai bole TERANGAN ANGAN nak pergi luar negara. So, aku sedar aku tak akan kemana dengan result 4A tuh.

Mak aku pun kecewa sebab dia cakap aku bole buat lebih baik. I wish I can Mom, I wish I can.

Then, STPM ? Waktu SPM aku terlalu yakin aku dapat keputusan yang gempak gempita yang bole bagi aku masuk universiti kat Malaysia neh, takpun Matrikulasi laa. Tapi Allah bagi aku rezeki sambung di Form 6 aliran sains. Tawaran ? Ada, ak dapat Politeknik Premier dekat Johor, bidang engineer Mechatronics. Kecewa ? Taklaa, aku gembira SANGAT bila dapat tahu dapat bidang yang aku pohon. Dalam borang UPU tuh dengan jelasnya aku letak Mechatronics sebagai pilihan pertama. Kenapa tak pergi ? Simple reason : MAK AKU TAK BAGI AKU PERGI. 

Dan setiap kali aku cakap MAK AKU TAK BAGI PERGI, my heart squeezed a little of the thought that aku tak akan dapat jadi JURUTERA lagi lepas neh sebab Form 6 aku ambik BIOLOGI. oh ? Bioengneering you say ? I wish for that too. I do. I really do. Tapi dalam hidup neh, kita hidup tak ikut jalan cerita yang kita buat. Kita ikut apa yang Allah kasi kat kita. Bukan berputus asa tapi aku serahkan semuanya kepada Allah. He know best for me. I've suffered enough for all those broken dreams. For all those broken promises. For all those broken hopes.

Aku tak nak nanti aku ambik keputusan, Mak aku akan tengok aku dengan distant look yang dia kasi masa ak ambil keputusan SPM kuh dua tahun lalu. Aku tak nak rasa apa yang aku rasa waktu ambil keputusan tuh. Ak tak nak senyum pura pura depan orang lain padahal aku rasa nak meletup dengan perasaan.Aku tak nak rasa perasaan yang sama waktu aku kecewakan mak aku. All of those. I dont want to ever feel it again.

Biarpun macam terlambat aku cakap semua neh sebab sekarang aku tengah tunggu keputusan, tapi semua tuh aku dah catat dalam hati aku waktu aku melangkah masuk SMK Sandakn 8 May 2012. And yet, ak lupa janji aku pada diri sendiri. I was too conceited.


Aku ingat Form 6 macam Form 5, tapi silap besar di situ yaa. Sebab aku fail sem 1 , sem 2 dan aku lost words already kalau nak cakap pasal failure aku sepanjang Form 6. Lets stop with the failing stories. Its kinda painful and my heart tighten already sebab aku LUPA dan BREAK my own promise to myself. Itu belum masuk cerita promises aku dengan Dedy. *smile*



Tapi, tak salah kan punya dreams ? heh, I'm getting old I guess. Apa aku melalut tengah malam buta neh ? Bila aku baca balik sebab nak tengok misspelled words aku perasan yang biarpun cerita aku masih cakap pasal DREAMS of mine, tapi it really BANYAK. Banyak apa ? Content dia. Eh, apasal aku menghurai post sendiri neh ?

Anyway, dari cerita jealousy pasal Dang sampai London, pergi cerita aku nak p sana, SPM, STPM, pasal broken hopes and promises. Banyak, kan ? Dan MP3 aku dari tadi sampai sekarang playing all those songs yang buat aku sebak.

Alia, kena sabar. Janji Allah itu pasti.



Aku tengok belogg orang semua post benda benda yang bermanfaat, aku neh je yang melalut yang bukan bukan. Blegh.


- People often dreams to escape reality. But dreams sometimes become reality if you work hare enough -

p/s : I dont think I have any luck with my France lessons. Its self study and I'm a lazy ass girl.





11:36 PM No comments
Salam.

A relationship indeed.



Quite a quote.


8:54 AM No comments
Asalamualaikum.

Yang nie post random random random.


Semalam start tengok Ao no Exorcist. Best ! SANGAAT !

Nak jugak den menghurai tapi belum habis tengok lagi. Baru episode 13 semlam. Kerja oii, kalau ndak, habis tuh 26 episode dalam satu hari. Anyway, this story is FUNNY! Tapi buat aku nangis di episode 2.

Nak tau cerita lebih lanjut klik laa di dini >>> http://en.wikipedia.org/wiki/Blue_Exorcist

Cerita dia memang best laa steakat neh. Tapi yang betul betul buat aku SUKA dangan ceita neh sebab OST dia GEMPAK ! sangat.



The main character : Rin and Yukio Okumura. Their twins despite the HUGE difference !


The cram school friends with Rin and Yukio


All the IMPORTANT character


Of course my new hubby. Rin Okumura in his demon flame ~

Yang aku paling suka tuh lagu opening dia pertama tuh. Lirik dia yang lekat kat hati aku ialah



' Life's a bitch. If its easy, you're doing it wrong.'




Kan dah ada link kat atas, jadi kalau nak tahu pergi laa link tuh. Ak tak baca pun link tuh sebab ada spoilers ! Tak nak ! Ak nak berjuang tengok anime neh sampai the last episode. Lagipun cerita dia neh oke kalau nak buat semangat tuh naik balik. Tapi content cerita neh ada mengaru sikit. Well, semua cerita kartun//anime memang mengarut pun. Wait, cerita korea pun kadang kadang mengarut jugak.

Bak kata Einstein.




Hora. I'm done doing randomness today and probably continue doing randomness again after finishing Ao no Exorcist.


Ciao.

Btw, I'm in a process of learning French.

Vonjour >_<




9:08 AM No comments
Asalamualaikum.

Ehem, Alhamdulilah hari nie masih ada peluang lagi untuk ak tulis belogg dalam keadaan yang mencurigakan di opis ini. Muehehe ~

Hari ni  terbaca post c Dang. Kesian kat dia, sakit. Aduii, budak sorang neh memang aku risau sangat kalau dia sakit. Maklum laa, orangnya lemah tak berdaya, muaha ( soryy Dang :3 ) Start kenal waktu kitorang sama sama tercampak ke dalam kelas Sains time Form 4. Mula rapat waktu Form 6 sebab kitorang legend kat sekolah #TheAwesomeCrew yang ada tujuh oraang semuanya.

Hari ni tak nak aku meluah pasal kerterbilangan legend aku ngan Awesome Crew kat sekolah sebab aku nak dedikasikan post ini khas buat kau Dang. Ini kiranya conclusi aku laa, nak cakap semua benda ne kat telepongg macam tak senonoh pulak, plus aku tak suka menghadap Facebook yang indah tuh.


Says :

" Hai Dang ? Genki desu ? Aku harap kau dah sihat. Kalau sakit pun tak pa kan ? Sakit kan penyembuh dosa kecil ? Aku tak pandai berbahasa, ndak pandai mau tulis pembuka ayat yang kabom! I'm just me who don't know how to speak the words people want to hear the most.

Firstly, aku ndak sangka yang kita akan berpisah BENUA dan TIME SPACE. Waktu slumber party dekat rumah aku tuh, kita ada cerita cerita pasal kau mau p London kan ? Waa, aku gembira dan excited untuk kau Dang. Kau laa yang paling awesome ! Tapi bila dapat berita yang kau betul betul mau TERBANG pergi benua lain, aku terasa kehilangan. Gembira untuk kau jugak, tapi pada masa yang sama aku harap kau ndak pergi. Sorry, aku jahat kaa kalau pikir cenggitu ? 

Jujur, meleleh sudah air mata kuh menulis post ne, habis suda cara aku cover line di opis neh. Nasib teda bos ku, dia cuti. Kalau ndak, kantoi tulis surat cinta buat kau. Kau sakit kan ? Bukan saja demam tapi hati kau pun sakit kan ? Aku rasa sedih sangat sebab aku rasa aku ndak boleh buat apa apa untuk kau buat masa ni. Sambil kau menghitung tarikh mau TERBANG, aku pun ikut menghitung di sini. Menghitung bulan, waktu kita akan jumpa lagi.

Dan aku boleh bayangkan yang kau mesti sudah dewasa dibandingkan last aku jumpa kau yang berumur 19 tahun dengan baju kurung flowered pattern pink color tuh. Aku dah boleh bayangkan cerita cerita muh di sepanjang pengembaraan muh di tanah orang. Dan kau akan bercerita dengan tangan terawang awang dengan senyuman yang tak putus putus. Kau akan cerita semua cerita yang buat kau gembira sebab aku tahu biar susah mana pun kau, kau tak akan cerita benda yang buat kami risau, kan ?

saat ini, waktu in Dang, aku paling menyesal tak dapat jumpa dengan kau time paper Chemistry hari tuh. Aku menyesal ndak dapat peluk kau dan salam kau dengan stail kita yang awesome tuh. Tapi life go on kan ?

Hai sayang ? Nanti waktu flight, jangan takut oke ? Semuanya akan baik baik sahaja . Bila transit di negara orang tuh, jan merayau sangat, nanti tertinggal flight kau. Sampai di London, jan lupa kirim salam dengan mamat British untuk aku yaa ?

Jaga diri dan try to makan DAGING ! Aku tak minta kau uplaod gambar kaa apa kah, yang penting di mana sak kau berada, kau sentiasa sihat. Kau update saja belogg muh sebab aku baca tuh semuanya.


Kau tau Dang, perasaan muh terhadap Mr Hasbie akan berlalu jugak tuh dalam masa 2 atau 3 minggu. Perasaan itu tak mungkin hilang, it stays with you forever. Dia adalah one of yourself, sama macam kau yang sudah jadi part of me. Sakit itu akan tetap ada, tak mugkin bole kau lupa. Tapi terima saja sakit itu dengan hati terbuka supaya nanti, kau boleh tersenyum,

Kau teruskan hidup oke ? Dimana pun kau berada lepas neh.

Hey ? Esok dah turun Johor, kan ? 





Jaga diri Dang. Aduhh, aku menangis lagi !



Buat masa ini DANG ! itu saja yang aku boleh cakap untuk kau :)


N.A.R
The Awesome Crew
19.12.2013




1:41 PM 1 comments
hem, Bismillah.

Rasanya belum sebulan aku tinggalkan dunia persekolahan. Yelaa, last aku pergi sekolah adalh 02 Disember yang lalu. Okay, baru 15 hari yang lalu. Sekarang neh bos aku cuti so aku kira curi curi laa buat entri kat blog neh. PC aku kat office neh Facebook dan Youtube, dua dua kena block. Sedih ? Takde laa, jauh dari sedih, aku lebih gembira, sebab aku bukannya Facebookers tegar. Aku lebih suka melalut sendiri dalam belogg ini. Muhehe

Apasal tajuk makan tengah hari ?

Sejak aku kerja neh, susah SANGAT aku nak menyimpan duit. Sebab kalau setakat bagi RM 5 macam hari ni, memang ikat perut aku. Nasib baik tadi Nasi Kuning tuh harga RM3.50 , tinggal RM1.50 lagi duit aku, tambang seringgit dah tinggal 50 sen. Nasib baik aku ada syiling syiling yang berterabur dalam beg kuh neh. Kalau tidak, takda tambang aku nak pulang.


Dulu waktu masih bergelar pelajar sekolah, RM 5 tuh dh jadi satu luxury bagi aku. Yelah, sebelum tinggal asrama, kalau tambang tuh, kira RM 1 je pulang balik. Ada laa lagi RM 4, nak makan pun macam macam bole dapt. Nasi Kuning satu setengah, Mee lima posen, kuih 40 posen. Dan masih bole simpan dua rinngit.

Tinggal kat asrama lagi masyuk, duit tak keluar langsung kecuali nak beli makanan ringan atau nak beli toiletries. Dapat laa simpan sikitsikit biarpun tak banyak.

Dan duit yang ak simpan waktu aku tinggal di asrama tuh dah takda dalam simpanan sebab sejak ak start kerja, aku nak beli kasut ( biarpun akak aku yang sponsor), aku nak beli refreshment ak kat opis neh. Lagipun, sebelum aku start kerja jadi kerani, aku kerja kat B*****L dulu. Aku kena buka bank dan duit kat bank tuh dah habis buat celebrate birthday kitorang hari tuh ( aku, akak ak, abang aku)

Kiranya aku memang sudah di isytihar MUFLIS buat masa ini hingga hujung bulan, Muahaha, hujung bulan dapat gaji memang belanja sakan laa aku. Tapi mostly aku nak beli kan barang barang yang aku dah janji nak belikan untuk Mak aku. Baju kasut aku tuh, insya Allah aku beli kalau dah habis belanja barang rumah dan bayar letrik segala bagai.

Tak lupa jugak, aku kena simpna duit sebab nak saki Gunung Kinabalu bulan tiga tahun depanggg. Wahahah, tak sabar den. Tapi sabar tak sabar, kos nak daki tuh bukan beratus tapi beribu ! Mak aiii ~ mahal nak mampos ! nasib aku memang nak daki gunung tuh dari dulu, kalau tak, swwwaiiii, tak hendak aku menghabiskan ribuan ringgit semata mata kerana gunung. Hehe.



Lunch hour dah habis, entri aku untuk hari ni pun dah habis.


See you later

xoxo

IeaLee////
1:05 PM No comments
grrrr ~ 

Hari ini memang sakit. Sebab dah officialy kerja jadi Admin Assistant for Humon Resources kat sebuah hotel. Nama hotel ? Lol, biarlaa ak je yang mengetahuinya. Sebab sekarang neh ak  kan kejja yang melibatkan kompany besaq so tak nak laa satu hari nanti bala pula yang datang menimpa sebab ak excited cerita pasal pengalaman kuh. Uissee, minta jauh !

So, I am now in a new world. Being an adult is such a pain. Sungguh. 

Aku baru sehari kerja kat sana jadi Admin Ass. tapi sebelum ak kena terima tuh, aku ada keja jadi Saleswoman. Kena ketuk pintu ke pintu dowh ! OHH SYAEDDD ! betul laa pain.

So, let me begin the story with my first job after OFFICIALLY graduate.

First Job :

Jadi pengedar untuk satu produk penapis air bagi syarikat B*****L. hA.hA.Haa

Memang sakit boss ! Kena jalan bawah panas terik mentari dan ketuk rumah orang. Siap kena halau lagi tuh. MALU siot !! Tapi kira pengalaman jugak laa. Kitorang kena paksa orang cuba kitorang punya produk atleast 5 hari pastu kalau nak ke tak nak ke kita bole cobut balik. Sungguh! Nak paksa orang cuba tuh pun nak patah lidah apatah lagi nak suruh dia pasang. Memang mencabar jugak laa. Tapi aku tahan 5 hari je, dan hari neh name tag ak sebagai Appointed Distributor datang. HA.HA.

FORGET IT ! Tak nak aku menyambung keja macam tuh lagi. Dahlaa anemia aku neh tahap kritikal dua tiga hari neh. Memang ak tak lah tahan laa. Insya Allah aku hantar resign letter hujung bulan neh.


Second Job :


Hari ini hari pertama aku jadi Admin Assistant. Sakit batang hidung aku menghadap komputer tuh sepanjang hari. Itu belum lagi cerita pasal air conditioner opis tuh yang tahap beku. Adehh, my nose feel numb. Dan tangan aku tak habis habis keluar peluh. Nak menulis pun susah. Aisehh. 

Tapi kira best laa jugak. Baru kerja laa kata kan. Yosh, aku nak berusaha untuk hari esok. 

See yaa !!

#AwesomeLegacy I miss you guys !!

Kisah sekolah lain kali cerita. Woahahaha.


T.T

iEA Lee.



Majlis Perwakilan Pelajar Pra Universiti 2012/2013

Guys, I really miss you. waaa ~ sedih gilerr !!
9:09 PM No comments

In my heart, right now, there’s darkness. A darkness that has take over half of my heart and it has torn myself to pieces. It hurts, but I can’t scream, I can’t cry over it. The pain had left me emotionless. The pain has left me dying.

In people’s heart lies deep black darkness only them can understand. It always there but sometimes people tends to ignore it until it become rotten and become one with their heart.











The darkness that I left in my heart already consuming half of my heart.
It hurts. 
Its painful. 
To them who I cant tell about this.
The reason behind this darkness is none other than my own malice.



11:45 AM No comments
Bismillah ~
Alhamdulillah. Selamat ! Dah hampir dua bulan aku bergelar budak Hostel. Msuk tym puasa hari tuh, dan hari neh ntah ahad yang keberapa sudah aku kat sini. Hidup dalam neh memang betul betul beza yang terAMAT ! dari kehidupan aku kat rumah sendiri.

Of course laa, adaptation is needed. Well, was. Aku kan jenis yang cepat adapt ngan keadaan sekeliling so there s no problem laa waktu aku mula mula masuk kat sini. First masuk sini memang takde masalah langsung. Tapi bebudak asrama neh memang banyak masalh dorang yang aku tak boleh nak jelaskan dengan rational akal yang waras. Sumpah !

Satu yang aku memang tak leh tahan adalah sikap sestengah bebudak neh yang tak pentingkan kebersihan bilik merek. Okayy ~ aku takde hak nak kacau ke, nak sibuk kerh pasal hal bilik dorang tapi bila aku buat round2 bilik sebab aku kan awesome( bakal diterangkan nanti) ada dua tiga bilik yang aku memang takleh masuk ! Sampah tiga hari lepas, elok je dorang pergi sisip dekat tingkap. Langsir dorang tuh dah berbulantak buka. Takde kesedaran langsung nak jaga kesihatan. Aku tak leh masuk sebab bau hapak, bau baju sekolah basah, bau peluh yang tak pernah lepas dari bilik dorang tuh memnag menyebalkan terutamanya kalau aku pergi tengok tengok bebudak tuh.

Bukan nak cakap bilik aku perfectly clean, buta pliss lah aku pun tak sanggup ada kawan seasrama yang asyik sakit memanjang dan amat berjasa menyebarkan wabak wabak penyakit yang dorang dapat hassil daripada perangai tak senonoh dorang tuh. Harap je perempuan tapi kebersihan pun takleh nak jaga. Nak kena marah baru nak gerak bagi bersih. Alhamdulilah, sekarang neh aku Nampak, dorang dah ada kesedaran sikit, dah pandai daa bagi ;langsir tuh buka kalau siang.

Selain itu, ceh, macam nak tulis karangan je aku ras. Stretttt ~ oke, selai itu, aku tak suka ngan perangai sesetengahbudak kat sini perangai panjang tangan. Suka sangat mencuri ! dan yang takleh nak masuk dalam pikiran tuh dorang neh suka sangat curi seluar Cheetah yang tipis tuh ! Yang harga 2o ringgit je. Aku pun bukan orang kaya sangat tapi kalau sekadar Cheetah plstik 20 ringgit sehelai tuuh pun nak curi kerh ? kemarin baju sekolah aku kena ambik sebab dia salah sangka baju tuh baju kakak dia, oke itu aku boleh tahan, tapi bila ada orang pergi pakai seluar pendek aku pastu main humban macam tuh je seluar tuh, memang aku baran habis.

Macam macam kan ? Dah dorang punya perangai macam tuh. Nak ubah tabiat dorang tuh tak mudah tau. Biarpun suara aku tak pernah bagus sejak aku masuk asrama. Asyik seksi je. Aku pun tak tahan jugak ada suara seksa macam neh LOL ~

Oke. Apasal aku AWESOME ? Heh, hari pertam aku masuk asrama, takda laa bebudak kenal sangat. Hari kedua dah ada yang mula tegur. Tak sampai seminggu, bebudak neh dah takut kat si KAKAK BARU( AKU YANG AWESOME NEH)  sebab aku kan jenis yang main cakap je apa yang aku tak puas hati.

Masa aku diperkenalkan selepas seminggu kat hostel, aku siap bagi ceramah kat bebudak tuh. Kesian jugak sebenarnya tapi aku susah nak buang tabiat yang satu neh. SUSAH tau bila kau sentiasa berkuasa, then bila tiba masa dan kau ada di satu tempat tuh kau takde kuasa dan secara automatiknya kau terus buat seolah olah kau berkuasa.


Ehh ? apa aku merepek neh ? warggg ~ aku baru je makan tengah hari sebenarnya, tak solat Zuhur lagi so aku nak pergi solat dan tidur, malam neh baru aku sambung study.
1:25 PM No comments
Bismillah.

Haari ahad. Dalam setengah jam lagi kau nak berangkat pergi dari rumah ini ke asrama kuh yang sangat dirindui tuhh . Aku takda mood sebenarnya nak menulis/menaip neh sebab mood aku semua hilangggg !! 


Masuk hari ni dah 4 hari mak aku balik kampung(again) sebab nenek aku tetiba jatuh sakit. Dia kena stroke, jadi atuk cepat cepat call semua anka dia yang masih hidup ( 6 orang : mak aku, Paci Openg, Paci Unding, Maci Halr, Maci Siah ) dan menantu dia ( Mak Tua Sue ) okayy, pokoknya SEMUA ! 

Hari Khamis yang lalu aku kerja part time kat Four Points Hotel sebagai pembantu dapur. Okay, memang penngalaman baru laa, dapat bantu masak( sebenarnya potong potong bawang je ) wekeke . Nah ini hasil kerja aku kat sana selama 4 hari ( Selasa, Rabu, Jumaat dan Sabtu ) 

 
 apparently I'm a selca FREAK !


Hari Rabu tuh kitorang ada OC ( outside catering ) dekat rumah President MPS Sandakan. Ada orang Australia you ! So ini lah aku ngan kawan kuh ( Iyma ngan Sury ) and Chef Chef yang kerja kat sana bergambar depan kereta yang tulis DUTA BESAR siap ada bendere Australia . Wahehehe 


Quality kurang sebab malam dan camera hampeh ! Maklumlaa telipon ciput je ~_~


konon tadi tak nak cakap panjang tapi neh terpanjang pulok. dari cerita nenek aku tetiba pulok jadi cerita kerja . LOL ~

Okay. Jadi mak aku balik kampung hari Khamis tuh adn juga terjadinya bencana luar biasa disebabkan akuh stress mak akuh mau pulang kampung dia jaga nenek akuh. Aku gaduh besarrr ngan bang akuh tapi malas aku nak bahas kat sini sekarang sebab jam tuh ngah jeling jeling aku dari tadi ! 


Dah tiba masanya untuk aku pi asrama aku . Lewat daa neh :(

- Im not wise but I know what is true and what is not. Unfortunately, I always done the wrong things and went the wrong ways -

4:47 PM No comments
Assalamualaikum :)

Selamat Hari Raya heh korang semua ~

Salah dan silap harap dilupakan dan dimaafkan jugaa.


[ Heavy eyeliner is my trademark so BACK OFF Haters ! ]



Biarpun dah 5th Syawal, tak terlambat kan nak ucap.

Aku pulang kampung mak akuh last puasa hari tuh, semalam baru sampai rumah.

Apasal tak tulis semalam?

 PENAT !

Sekarang neh pun tengah rehat rehat selepas mencuci baju bajuan dari kampung. Penat siot ooo ~

Apa apa pun, aku nak buat keraja lain eh , so follow up update akuh kat Instagram dan Twitter je lahh ehh.

Ciao ~

Wassalam .
3:28 PM No comments
Bismillah.

Alhamdulillah, dah sampai puasa yang kedua hari ini. Hari ni semangat habis aku kat sekolah semua kerja aku buat. Selama ini kalau kat sekolah memang aku macam sloth. Tak bergerak lol ~_~

Jadi, tadi aku pergi confront dengan Cikgu Fazman, Warden Besar asrama sekolah. Aku tanya pasal permohonan aku tapi dia cakap masih dalam pertimbangan. Aku dah lali dengar alasan tuh sebab asal aku tanya , mesti itu jawapan cikgu. Sudah ! Cukup sudah !

Aku cakap kat cikgu kalau cikgu tak nak bagi aku masuk, cakap laa terang terang sebab aku nak fokus study dah. Jadi kalau aku dah masuk asrama , jadual aku dah mula fleksibel sebab aku dah boleh atur masa. Tak macam aku kat rumah neh, asyik depangg laptop je memanjang ~

Mak aku pun naik lali tengok aku asyik layan manga online. Kalau tak pun sibuk fangirling time tengok anime. Lagipun aku nak cure this addiction to manga and anime. Sebab aku terlalu addicted. Jadi bila masuk asrama, wi fi pun takda , aku pun tak suka nak pakai packet data tuk masuk internet sebab aku tak suka isi kredit. Laptop aku ? Sah kena tinggal kat rumah :) Jadi semua connection aku dengan dunia anime and manga terputus. Instagram , tumblr, twitter semua kena tinggal. Untuk lima bulan je :)

Hari ni nak pergi bandar, nak beli barang keperluan aku kat asrama. Ahad pagi aku masuk hostel. Sabtu aad program Ibadah smpena Ramadhan so sibuk sibuk sibuk ! Jadual belajar aku pun dah siap draft dia tinggal nak bagi masuk mata pelajaran yang sesuai je bila dah masuk asrama nanti.

Itu jelaa ak nak cakap, besok besok aku update lagi. Plus, pasne aku boleh tulis blog bila outing je laa. Muahahaha.

Kay, Wassalam.

Ja :)

- A strong man is a man who find the answer not the one who knew the answer -

Korang boleh decipher tak menatang kat atas tuh ?



3:11 PM No comments
Bismillah.

Alhamdulillah :) Ramadhan is here !!


Alhamdulillah, Allah masi bagi peluang sambut Ramadhan tahun neh dengan family. Harap tahun neh, Ramadhan lebih bererti bagi kami sekeluarga :) Dan , aku harap boleh buat ibadah banyak banyak !


Tapi, nasib tahun tak berapa bagus sebab kena serang kemarin :( .

Bonda ( panggilan yang HARUS digunakan sebab mak minta panggilan neh sebagai hadiah hari jadi dia ) dan Kakak aku dah selamat pergi teraweh. Dan aku stuck di rumah ! Tak dapat nak puasa pertama tahun neh ! warggh , sedih gilooo ~


Azan Isyak dah berkumandang, sayu laa pulak tak dapat pergi teraweh pertama .

Apapun, jadual belajar bulan puasa neh memang pack sangat sebab nak repeat 2 paper dari Semester 1 . Jadi start esok, kena stay back kat sekolah sampai 4.30 petang then kena pulang cepatcepat. Almaklum laa, buka puasa kat Sandakan neh jam 6 setengah. Kalau aku stay back sampai jam 5,  balik kelam kabut pulak nak siapkan juadah berbuka posa . 

So, hari tuh dah siap isi dan hantar borang asrama tapi belum ada keputusan. Still waiting eventhough I feel annoyed already waiting for it. Anyway, deciding for your future is hard. 

MUET Speaking test the other day went up smoothly and the previous Trial I got Band 4. I hope everything will be alright. Listening, Writing and Reading test is on 20 July. And we have some Ramadhan program at the school this weekend. Overnight I guess. 

Huh, well enough ranting. See ya :)

-_- /

Ja 



|iEA|
7:51 PM No comments



Anime : Hotarubi no Mori e ( adaptation from manga with the same title by Midorikawa Yuki )

Song : http://www.youtube.com/watch?v=jQmDgn6oUqI
| Natsu wo Meitaita |

- be sure to click the link -






The way back home is long.
With the promise to meet again,
We parted our ways.
I want to be with you forever.
Even if its impossible.
My chest hurt.
My tears will be overflowing.
But,
The warmth of your hand
And,
These memories and promises will live in my heart.





Picture edit by me. Poem altered and rearrange from Hotarubi no Mori e anime movie and the ending song, Natsu wo Meitaita.



 | iEA |
1:53 AM No comments
Sambil baca, eloklah kalau korang pergi link di bawah. Sambil baca post neh, dengar lagu tuh ~

[ http://www.youtube.com/watch?v=mniZ2ZtAJrY ]

To all my friends. Best friends, ex best friends, regular friends, favourite friends and my friends. 
Where ever you guys are, no matter what you guys do.
I always love you.
I pray that our friendship will last forever till Jannah.


Ini catatan, tentang hati .

Ini catatan tengah emosi .

Ini catatan, bila hati menguasai .

Ini catatan, bila memori datang menerpa ingatan.

Dan

Ini catatan. dari hati . tentang hati .

Aku trauma .

 Aku sakit .

 Aku kecewa .

Pada diri. Pada mereka .

Aku cuba . Cari diri . Erti hidup.

Aku cuba. Perbaiki diri . 

Untuk Allah . Untuk merekA. Untuk kamu.

Tapi .

Aku rasa hilang .

Hilang diri . Hilang rasa . Hilang prinsip .

Tenggelam dalam perhitungan antara diri sendiri yang tiada noktah.

Aku penat .

Lelah untuk menapak. 

Setiap langkah umpama tersekat.

Tidak beranjak dari garisan mula.

Lelah . Untuk jaga ini semua .

Semua hati yang aku lukakan.

Semua hati dan perasaan yang tidak mampu ku kawal.

Aku trauma . Sungguh .

Hampir sembuh .

Tapi , lukanya tinggalkan kesan.

Kesan, yang kalau ditarah pasti berdarah kembali.

Tinggalkan tanda .

Tanda hati . Pernah melukakan . Pernah dilukakan .





Hoohoo . biarpun sound cheesy gilakk post aku tu , tapi aku tatap nak post . bukan apa . aku dah renovate daa yg kat atas tu . kalau yang original version , lagi cheeessssy and corny !
Sampai bila baca balik . aku rasa macam aku daa jadi Shakespears ? haha , ini post pasal kawan yang aku pernah lukakan . kalau yang original version . mang aku luah habis ! tapi aku post yang s suda di renovatekan sebab . aku lebih suka versi ini !
lagipun ini ada laa suara suara sajak . dari yg ori tuu , daa macam bercakap !

Lemme explain. 

Memanglah letter to a Friend. Tapi mengapa macam sedih kan ? Macam tengah tak puas hati pun ada jee.  Ahe , menatang neh aku tulis waktu aku ingat kejadian kejadian berdarah yang aku alami sepanjang aku bergelar budak sekolah menengah. Banyak kenangan pahit sebenarnya. Oleh sebab aku neh carefree person, ramai yang terluka laa sangat. Aku tak perasan pasal hati mereka yang luka tuh lol. 

Aku nak bagitahu pasal perasaan aku waktu aku ingat semua tuh. Sampai sekarang aku simpan. Sampai sekarang aku pikir. Sebab cara dorang bagi sedar aku neh salah agak unik. Iaitu dengan memutuskan tali persahabatn itu. Jadi aku neh carefree ingat tader papa, rupanya ! Heh, aku tak kena layan tau ! Bila aku bawa bercerita, ceh ! Macam tengah bercakap ngan dinding ! Takpun, dorang lari pie tempat orang lain buat buat sibuk ! 

Aku ambil hati tau ! Sampai sekarang, bila aku pikir balik, aku tak tau pun mana salah aku. Korang tak cakap papa ngan aku. Yelaa, aku kan jahat. Aku redha je jadi watak jahat neh, sebab dalam semua episode cerita hidup aku, aku memang watak jahat je memanjang ~

Banyak lagi aku nak tulis, tapi aku dak tak tengok keyboard apatahlagi skrin laptop. Aku sedih weh ! Korang tau tak !? Apa korang baut kat aku, biarpun dah bertahun berlalu, biarpun kita dah okeh, boleh berbual macam takda papa yang berlaku, aku masih rasa sakit lagi setiap kali aku tengok muka korang ! Korang tau tak bertapa sakitnya perasaan tuh aku bawa dari dulu sampai sekarang ? 

Setiap langkah, setiap perbuatan, stiap perkataan.

Semuanya. Bukan lagi aku ! Sebab aku kena jaga hati kamu. Aku kena jaga supaya kamu semua tak terluka. Aku tahu aku buat korang malu kan ? Sebab perangai aku yang carefree neh ? From deepest of my heart , I sincerely apologise for all of those mistake I never knew Ive done.

Setiap hari, hanya ini yang mampu aku lakukan .


9:53 PM No comments
Assalamualaikum :)

Hari ini aku nak cerita pasal DUIT.

Tiga pengaruh yang boleh merosakkan seorang lelaki ataupun perempuan ialah :

1. Kuasa

2. Duit

3. Perempuan( bagi lelaki) / Lelaki (bagi perempuan)

hehehe , tapi aku tak nak  cerita pasal kuasa ataupun pengaruuh lain. Hari ini aku nak cerita pasal DUIT !!!!

DUIT !

DUIT !

DUIT !

Dari dulu sampai sekarang masalah yang wujud di sekeliling aku mesti pasal duit. Okeh, aku limit kepada sekeliling as in FAMILY circle.

As much as I hate, I have to admit, that my life, no, OUR life is controlled by the power of MONEY.

Ikut hati, aku nak nangis macam orang gileerrr ~


okay, itu ikut hati ye, hati yang diselubungi dengan setangg yang asyik membisikkan kata kata yang ntahpapa kat aku. Tuhlaa , ikut hati MATI !

okayy , balik kepada cerita duit.

aku bengang ! Bengang tahap bengang !

Dua tiga hari neh, asyik cakap duit duit duit duit !

buat kerja sikit, cakap pasal duit. Salah sikit cakap pasal duit. Ini duit, Itu duit.

Duit, duit, duit, duit, duit, duit !

Aku benci tau tak ? Korang asyik piikir pasal duit je memanjang !! Eh, aku pun pikir pasal duit laa, tapi tak laa sekronik kamu tuh ! Sakit kepala aku dengar korang teriak teriak pasal duit ntahpapa !

Orang cakap penulisan neh salah satu bentuk terapi. Aku rasa Betul kot. Sebab, benda yang aku tak boleh dan tak nak cakap kat orang, bila aku tulis/ taip. Aku lega betull :)

Konon nak cerita pasal duit, ehh , memang laa kan. Hari setipa ayat aku bina ada perkataan duit. HAH ~

Duit laa

$$$$$$$$$$$$$$$

klik untuk melihat dengan lebi jelass 
10:32 PM No comments
Assalamualaikum :)

Annyeong ~ Konnichiwa !!

fuhh ~

Hari tuh aku mess up template belogg neh. Dah macam hapa daah aku tengok.

Konon nak update belogg aku hari tuh lepas exam, tapi aku pergi main masak masak ngan The Awesome Legacy members. Siap pergi bergambar kat tepi pantai lagi ~ hahah

Macam nak uplod gambar gambar tapi aku malas sekarang. Nantilah.

Semester 2 dah berlalu. Alhamdullilah. Tapi keputusan tak kuar lagi, aishh , malas laa nak cerita pasal exam neh . Hilang moooodddd akuh ! Bila tiba masanya baru aku cerita.

Sepanjang seminggu cuti neh aku telah menggunakan masa dengan sebijaknya iaitu menghadap laptop dan pergi menjelajahh dunia :)

Cuti ini saanngat bosannn ~

yelah aku tahu, aku kena buat ulangkaji sebab nak ulang sem 1 tapi aku malas, okeh, aku malas.

Aku nak get rid of this laziness ! but aku tak tahu macam mana !

ughh, tak stress pun boleh jadi stress.

Daan sekarang aku malas nak taip apapa, padahal tadi semangat dah berkobar kobar nak bercerita di belogg ini.

apapun , aku nak tidur .

Esok, aku harapp penyakit neh boleh sembuh .


ARGGGGHH , malas gilerr :(


11:47 PM No comments

Asalamualaikum . Haiiii ~

Selamat Menyambut Hari Pekerja !

2 minggu lagi .

Apa yang dua minggu lagi ? Meh aku cerita sikit .

2 minggu lagi aku akan menduduki peperiksaan penggal 2 STPM 2013 . Dan kalau aku gagal kali neh , aku tak terkejut dek kerana perangai aku yang hampeh neh.

Sejak tahun lalu, masa aku banyak aku habiskan dengan menonton anime ataupun baca manga .

Okayyyyyyyy ~

Aku memang hampeh. sO , dalam dua minggu neh . Aku nak fokus untuk kejar balik semua yang aku tinggalkan . Cehh , aku harap sempat laa aku kejar semua tuh . So , this will be my first post for this month and maybe the last .


Mana laa tau kan , habis je exam , aku malas nak update .

Bila aku exam ?

21/05 - 24/05

Okayy ?

Akaun FB aku akan decativate malam neh. Jadi aku tak laa stress sangat , eheh :3

Tapi , kalau korang nak ikuti perkembangan aku . Instagram aku dan cek Burung biru aku aktif je.


Si Burung Biru : https://twitter.com/aieLEEyaya

Follow me and I'll follow back ~

Dan lappy ini akan pindah rumah besok . Rumah kawan aku .

Konon kakak aku nak kuarantin laptop neh , tapi tak menjadai sebab dia letak kat rumah je , tempat yang boleh aku capai , jadi susah den .

Lappy ! Stay strong , jumpa lepas exam abes . Tapi , macam fokus setengah hati je kan , FB deactivate , yang lain elok je masih active . Cehh , again , hampeh betul akuh neh .

Dah laa sem 1 aku gagal 2 subjek , kalau kali ni gagal jugak . Aku kena ulang semua tuh kat sem 3 ! Waa , satu sem pun aku dah nak pnegsan , apa lagi kalau nak ambil 3 sem dalam 6 bulan . Wargggghhhhhh ~ Bole gila aku. Haiii ,, sabo je laa . Ini namanya tempah maut sendiri !


SOOOOO ~

baiii baiiii ! ! ! ! ! ! !

Dont miss me ( if anyone read this )

- everyone wear MASKS . Different people different masks - 
11:31 AM No comments
Asalamualaikum ! Haii :3

Gehh , hari neh ada sekolah ganti. Jadual hari Jumaat jadi awal pulang. tAPI ! Ada progrma 5S yang semua benda dalam kelas tuh kena label ! Aigooo ~ Heh , tapi aku tak buat kerja sikit pun . Aku tido je .


My opinion about stereotype thingking is :


[ klik tuk melihat dengan lebih jelas ]

It really does piss me off .

Apa tuh stereotype ?

A stereotype is a thought that may be adopted about specific types of individuals or certain ways of doing things, but that belief may or may not accurately reflect reality.




Yah ! Okeh, hari nie aku nak cerita sal menatang neh.


Kalau ikut typical stereotype thinking of people ( not gonna state specific race or whatsoever) , pelukis tuh tak dapat nak cari duit di dunia sekarang neh . Kan ? Nak jadi doktoll , cikgu ataupun jurutera baru dikatakan berjaya .

Heyy , bukan dulu je orang pikir macam tuh. Ada je orang yang konon moden , tinggal kat bandar , yang open mind ( laa sangat) pikir macam tuh .


Tapi aku bukan nak cerita sal pelukis tuh. Sebab kalau buka minda tuh sikit, kita dapat fikir SENDIRI tak jadi doktoll tau jurutera pun masih boleh berjaya.




Kisah 1 :

Okeh, hari tuh aku pergi bank. Nak bagi masuk duit. Waktu berbaris panjang2 tuh , ada minah dua orang belakang aku. Sekejap cerita sal boyfrengg dorang, jap cerita sal kenduri laa , sekali tuh minah dua orang neh gelak gelak sambil tengok abang ensem rambut mohawk yang ngah parking kereta dia.


Minah 1 : Mesti budak jahat neh kan ? Tengok sakk laa rambut tuh .

Minah 2 : Iya . Hish orang mcam neh mesti kuat lepak neh . Muka pun macam along pungut duit tuh .


Kat depan dorang, aku dah berasap dengar . Kalau aku neh tak sabar, aku dah marah minah dua ekor kat belakang akuh tuh !


Hoi , korang ada hak apa nak cakap macam tuh sal orang lain ? Apa ? Korang ingat kalau rambut cacak cacak macam nenas, rambut mohawk , orang yang botak tuh samseng lah ? Otak letak mana ? Lutut ? Apa ? Korang tau kerh sapa korang cakap tuh ? Korang tau rutin hidup dia ? Cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar la ! Sedap je kan korang nak mengata sal orang lain ?

Heh , hari tuh macama aku nak hambur je kata2 caenggitu kat minah dua ekor tuh .



Kisah 2 :

'' Lee , belajar bagus bagus . Besar t , jadi doktor ker, jurutera kerh. Cikgu pun okeh jugak . Yang penting kau kerja kerajaan . Senang sikit ."



Aku tak tau laa dari bila lagi menatang neh dah kena sumbat kat dalam kepala hotak aku. Mak aku , kakak aku, bapak aku , semua orang sekeliling akuh sibuk cakap sal menatang tuh . Salah satu lagi stereotype thingking yang memang sangat aku anti !


Hanya penjawat awam je kaa yang boleh jadi senang ? HAAA ? WHAT ?

Dulu , aku dengar je . iyakan je . Sekali dah pandai pikir pusing pusing neh , dah tengok perangai manusia , dah jumpa pelbagai jenis ragam , baru laa minda aku yang blank neh dapat mencerna menatang tuh . Setelah dicerna , aku tak dapat nak terima that way of thingking .


See ? Those stereotype thingking is corrupting, man ! Aku tak suka , it really piss me off. Tapi kita semua tak lari daripada cara berfikir mcam tuh . Kan ?



- DONT mix between my personality and my attitude. My personality is ME , and my attitude based on who you are and your attitude - 






3:57 PM No comments
Assalamualaikum ! Hai ~

Naaa, hari tuh , ataupun lebih tepat lagi , kemarin . Aku jadi pengapit kepada kazen aku . Yelaa , bergaya habis you ! hehe , aku nak kongsi cerita sikit sal apa yang aku jumpa waktu aku ngah sibuk jalan2 sekeliling hotel tuh .

Waktu tuh aku on the way pergi bilik pengantin : )

Waktu tuh terserempak ngan dua orang tourist China ( aku dengar dorang speaking chinese ) ngan sorang uncle berbangsa India . Dorang ngah syok gelak gelak depan pintu Uncle India tuh , aku sengih jelaa waktu lalu tepi dorang.

Then , tourists China tuh jalan pastu dia cakap kat Uncle India tuh : You;re a good Indian !

Uncle tuh sengih pastu panggil balik auntie Cina tuh  sambil cakap ( DIA PANGGIL DUA KALI! auntie dua orang tuh tak dengar ) :

Miss, I'm not Indian, I'm Malaysian .

Waktu tuh aku senyum jak dengar :) 

Yeah , macam tuh laa yang dikatakan 1 Malaysia spirit .

Sumpah , aku tabikk ngan uncle tuh . 

hehe , pastu aku dah tak tau dah sebab aku dah masuk daa bilik pengatin :)

Nak cerita banyak lagi tapi aku takda mood laa . So thats it .

Jumpa lagi :3

- every HELLO ends with a GOODBYE -
2:32 PM No comments
Assalamualaikum dunia ~

Dah lama tak update belogg , bukan hapa , malas aku nak menaip .

Alhamdulillah ! PBS PA daa selamat siap ! Hard copy tadi pagi aku dah selamat aku simpan kat meja cikgu Hamdan . Itupun aku kelam kabut betulkan typo yang bukan main byk , dah laa tulis melebihh lebeehh 5000 patah perkataan .Kemarin, VIVA pun berakhir dengan selamatnya . Tapi yang tak seronoknya tuh , waktu aku buat presentation, elok je guru penilai tuh , best frengg cikgu Hamdan, iaitu cikgu Mohammadia , berrcerita ~ hailaa , takpa laa kan ? Janji kerja aku dah siap . Hilang kusut kepala aku pasal PA neh walaupun PBS neh bagi aku senang je . Tapi dek kerana melihat orang yang stress sal PBS neh , aku pun macam terikut stress . Padahal , suma kerja dah buat , siap Alhamadulillah . Senang gilerr aku terpengaruh .

Lupakn mengenai PBS tuh , meh kita cerita sal xperiment Bio dan Kimia akuh !

Kimia : Alhamdulillah !! Report tuk 5 expeimant Term 1 dah hantar tadi pagi. kurang sikit kerja akuh ! Seminggu neh , masa aku banyak diperhabisssskan dengan membuat report. Yelaa , xperiment tahu lalu , report buat tahun neh , tak logik tak logik . Nasib baikk laa , ada lagi data data dari tahum lalu tak kena lupus . Fuhh =3 lega ~  Sepatutnya hari Isnin dah hantar sekali ngan coursework Math tuh (yang bakal kuh hurai sekejap lagi ) tapi suka sangat ikut perangai tak senonoh s.e.t.a.n suka bertangguh tangguh kerja . Haaa , jadilaa , hari neh baru hantar . Tapi papapun , dah siap daa tuh . Term 2 report tak buat lagi sebab belum buat experiment pun ! Biarpun tak lama lagi berakhirnya Term 2 neh . ehe , yang tuh aku serahkan kepada Miss Ho je laa .

Biologi : Apa cerita ? takda cerita ! haha , sepatutnya kitorang , budak bio 10 orang tuh dah lama bedah tikus , tapi tak jumpa tikus , konon konon nak bedah arnab . Tapi arnab comelllll ~ Alahai , tikuss punya angkara , 4 experiment tak terbuat~ LOL . sudahh ~ tutup cerita BIO !


aHA ,!! math ! Hari tuh kami ada coursework math T , yelaa kan , sibuk sangat laa budak STPM neh , kalah orang nak ambil Master . ehe . Pasal calculus je , dah siap pun , sehari je aku buat , siap . Alhamdulillah , Allah bagi mudah semua urusan .


First Term dah berlalu . Jadi result pun dah keluar ~

Ini laaa HASILLLL  6 bulan aku study . Dulu aku pernah cerita sal neh dalam belogg aku yang dah jadi arwah tuh . Tapi , aku malasss nak mengenang masa lalu jadi aku tak nak cerita laa kali neh .




okayyyyyyy ~ hah !! tengok ! tengok ! aku kena repeat dua paper dowh ! Bio and Kimia akuh yang terukkkk ! Math tak ulang ? tak !!!!!!!!!!!!! Math T term 1 mang senggall laa . Aku neh budak average je kat sekolah aku yang terindah tuh , jadi bila result keluar macam neh , memang dah boleh agak , nasibb baik bukan stret F . kALAu tak traume F aku . Ha,Ha . Tapi mostly kawan aku satu kelas 3F dowh , semua gagal kecuali PA. Nak kesiankan , aku pun sibuk kesiankan diri sendiri . Haha 


Okeh okeh . sAMpai sini jelaa aku merepak hari neh . Lain hari lain cerita lagi In Sha Allah .

- Hidup tak selalunya indah , tapi yang indah itu tetap dalam kenangan, kan -_- ? _
1:19 PM No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


A potato.
Posting uneventful life events since 2013.
Traveler.
writing, drawing and photography is my passion but I suck at it so I just write, draw and took pictures that look like shit

Labels

Artsy Beauty Books Excerpt Food Japan Photography Travel anime family instagram poem

recent posts

Blog Archive

  • ►  2021 (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  June (2)
  • ►  2020 (4)
    • ►  May (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2019 (11)
    • ►  November (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  July (4)
    • ►  April (2)
  • ►  2018 (28)
    • ►  November (4)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (5)
  • ►  2017 (6)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
  • ►  2016 (5)
    • ►  December (1)
    • ►  October (1)
    • ►  July (3)
  • ►  2015 (13)
    • ►  November (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)
    • ►  June (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (30)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (3)
    • ►  August (7)
    • ►  July (2)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (6)
  • ▼  2013 (25)
    • ▼  December (8)
      • My Everyday.
      • I can't breath.
      • Dreams. Broken Dreams
      • A relationship.
      • Ao no Exorcist.
      • Perjalanan seorang kawan
      • Makan Tengah Hari Sang Kerani.
      • Venturing to the new world.
    • ►  October (1)
      • In my heart.
    • ►  September (1)
      • Aku si Budak Hostel Part I
    • ►  August (2)
      • Balik Asrama (again)
      • Selamat Hari Raya
    • ►  July (3)
      • Masuk Asrama.
      • Marhaban Ya Ramadhan.
      • The Promise on that Day.
    • ►  June (2)
      • A letter To A Friend.
      • Hari ini cerita DUIT.
    • ►  May (2)
      • aku malas
      • 2 minggu lagi .
    • ►  April (3)
      • Stereotype Thinking
      • I'm Malaysian.
      • cerita tentang aku.
    • ►  March (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates