Makan Tengah Hari Sang Kerani.

by - 1:05 PM

hem, Bismillah.

Rasanya belum sebulan aku tinggalkan dunia persekolahan. Yelaa, last aku pergi sekolah adalh 02 Disember yang lalu. Okay, baru 15 hari yang lalu. Sekarang neh bos aku cuti so aku kira curi curi laa buat entri kat blog neh. PC aku kat office neh Facebook dan Youtube, dua dua kena block. Sedih ? Takde laa, jauh dari sedih, aku lebih gembira, sebab aku bukannya Facebookers tegar. Aku lebih suka melalut sendiri dalam belogg ini. Muhehe

Apasal tajuk makan tengah hari ?

Sejak aku kerja neh, susah SANGAT aku nak menyimpan duit. Sebab kalau setakat bagi RM 5 macam hari ni, memang ikat perut aku. Nasib baik tadi Nasi Kuning tuh harga RM3.50 , tinggal RM1.50 lagi duit aku, tambang seringgit dah tinggal 50 sen. Nasib baik aku ada syiling syiling yang berterabur dalam beg kuh neh. Kalau tidak, takda tambang aku nak pulang.


Dulu waktu masih bergelar pelajar sekolah, RM 5 tuh dh jadi satu luxury bagi aku. Yelah, sebelum tinggal asrama, kalau tambang tuh, kira RM 1 je pulang balik. Ada laa lagi RM 4, nak makan pun macam macam bole dapt. Nasi Kuning satu setengah, Mee lima posen, kuih 40 posen. Dan masih bole simpan dua rinngit.

Tinggal kat asrama lagi masyuk, duit tak keluar langsung kecuali nak beli makanan ringan atau nak beli toiletries. Dapat laa simpan sikitsikit biarpun tak banyak.

Dan duit yang ak simpan waktu aku tinggal di asrama tuh dah takda dalam simpanan sebab sejak ak start kerja, aku nak beli kasut ( biarpun akak aku yang sponsor), aku nak beli refreshment ak kat opis neh. Lagipun, sebelum aku start kerja jadi kerani, aku kerja kat B*****L dulu. Aku kena buka bank dan duit kat bank tuh dah habis buat celebrate birthday kitorang hari tuh ( aku, akak ak, abang aku)

Kiranya aku memang sudah di isytihar MUFLIS buat masa ini hingga hujung bulan, Muahaha, hujung bulan dapat gaji memang belanja sakan laa aku. Tapi mostly aku nak beli kan barang barang yang aku dah janji nak belikan untuk Mak aku. Baju kasut aku tuh, insya Allah aku beli kalau dah habis belanja barang rumah dan bayar letrik segala bagai.

Tak lupa jugak, aku kena simpna duit sebab nak saki Gunung Kinabalu bulan tiga tahun depanggg. Wahahah, tak sabar den. Tapi sabar tak sabar, kos nak daki tuh bukan beratus tapi beribu ! Mak aiii ~ mahal nak mampos ! nasib aku memang nak daki gunung tuh dari dulu, kalau tak, swwwaiiii, tak hendak aku menghabiskan ribuan ringgit semata mata kerana gunung. Hehe.



Lunch hour dah habis, entri aku untuk hari ni pun dah habis.


See you later

xoxo

IeaLee////

You May Also Like

0 comments