Bismillah ~
Alhamdulillah. Selamat ! Dah hampir dua bulan aku bergelar
budak Hostel. Msuk tym puasa hari tuh, dan hari neh ntah ahad yang keberapa
sudah aku kat sini. Hidup dalam neh memang betul betul beza yang terAMAT ! dari
kehidupan aku kat rumah sendiri.
Of course laa, adaptation is needed. Well, was. Aku kan
jenis yang cepat adapt ngan keadaan sekeliling so there s no problem laa waktu
aku mula mula masuk kat sini. First masuk sini memang takde masalah langsung.
Tapi bebudak asrama neh memang banyak masalh dorang yang aku tak boleh nak
jelaskan dengan rational akal yang waras. Sumpah !
Satu yang aku memang tak leh tahan adalah sikap sestengah
bebudak neh yang tak pentingkan kebersihan bilik merek. Okayy ~ aku takde hak
nak kacau ke, nak sibuk kerh pasal hal bilik dorang tapi bila aku buat round2
bilik sebab aku kan awesome( bakal diterangkan nanti) ada dua tiga bilik yang
aku memang takleh masuk ! Sampah tiga hari lepas, elok je dorang pergi sisip
dekat tingkap. Langsir dorang tuh dah berbulantak buka. Takde kesedaran
langsung nak jaga kesihatan. Aku tak leh masuk sebab bau hapak, bau baju
sekolah basah, bau peluh yang tak pernah lepas dari bilik dorang tuh memnag
menyebalkan terutamanya kalau aku pergi tengok tengok bebudak tuh.
Bukan nak cakap bilik aku perfectly clean, buta pliss lah
aku pun tak sanggup ada kawan seasrama yang asyik sakit memanjang dan amat
berjasa menyebarkan wabak wabak penyakit yang dorang dapat hassil daripada
perangai tak senonoh dorang tuh. Harap je perempuan tapi kebersihan pun takleh
nak jaga. Nak kena marah baru nak gerak bagi bersih. Alhamdulilah, sekarang neh
aku Nampak, dorang dah ada kesedaran sikit, dah pandai daa bagi ;langsir tuh
buka kalau siang.
Selain itu, ceh, macam nak tulis karangan je aku ras. Stretttt
~ oke, selai itu, aku tak suka ngan perangai sesetengahbudak kat sini perangai
panjang tangan. Suka sangat mencuri ! dan yang takleh nak masuk dalam pikiran
tuh dorang neh suka sangat curi seluar Cheetah yang tipis tuh ! Yang harga 2o
ringgit je. Aku pun bukan orang kaya sangat tapi kalau sekadar Cheetah plstik
20 ringgit sehelai tuuh pun nak curi kerh ? kemarin baju sekolah aku kena ambik
sebab dia salah sangka baju tuh baju kakak dia, oke itu aku boleh tahan, tapi
bila ada orang pergi pakai seluar pendek aku pastu main humban macam tuh je
seluar tuh, memang aku baran habis.
Macam macam kan ? Dah dorang punya perangai macam tuh. Nak ubah
tabiat dorang tuh tak mudah tau. Biarpun suara aku tak pernah bagus sejak aku
masuk asrama. Asyik seksi je. Aku pun tak tahan jugak ada suara seksa macam neh
LOL ~
Oke. Apasal aku AWESOME ? Heh, hari pertam aku masuk asrama,
takda laa bebudak kenal sangat. Hari kedua dah ada yang mula tegur. Tak sampai
seminggu, bebudak neh dah takut kat si KAKAK BARU( AKU YANG AWESOME NEH) sebab aku kan jenis yang main cakap je apa
yang aku tak puas hati.
Masa aku diperkenalkan selepas seminggu kat hostel, aku siap
bagi ceramah kat bebudak tuh. Kesian jugak sebenarnya tapi aku susah nak buang
tabiat yang satu neh. SUSAH tau bila kau sentiasa berkuasa, then bila tiba masa
dan kau ada di satu tempat tuh kau takde kuasa dan secara automatiknya kau
terus buat seolah olah kau berkuasa.
Ehh ? apa aku merepek neh ? warggg ~ aku baru je makan
tengah hari sebenarnya, tak solat Zuhur lagi so aku nak pergi solat dan tidur,
malam neh baru aku sambung study.