Tahun 3 di Melaka
Bismillah.
Dear lovelies,
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk meminta maaf kepada ibu tersayang sebentar tadi. Sebab stress yang sangat dan amat, aku terkasar bahasa dengan Ibu. Maaf ibu, Alia sayang Ibu oky? Tamau dah kasar-kasar ni, Lepasni tamau dah stress.
Sebenarnya baru balik dari Batam, Rabu minggu lepas, 28 September 2016.
![]() |
| Universitas Internasional Batam |
Balik je dari Batam, rasa macam banyak sangat benda berubag. Seolah-olah, 10 hari aku dekat Batam tu umpama 10 minggu. Perubahan yang macam mana tu? Hmm, susah jugak aku nak terangkan. So macam biasa, aku listkan satu-satu.
1. KAWAN
Ya my lovelies, dalam hidup ini, selain family, KAWAN adalah makhluk paling penting dalam hidup kita. Tapi bila kawan tu sendiri yang berubah, nak buat macam mana? Hidup sendiri di negeri asing, di tempat takde family, takde best friend yang selalu kau angkut ke sana sini waktu sekolah dulu, takde lagi immediate family yang bole tetiba bagi duit kat kau bila susah. Takde dah sume tu bila kau study JAUH dari kelaurga. Yang kau ada satu je, ALLAH.
![]() |
| Family. |
Ahahaha, acah muslimah pulak adoyaii.
![]() |
| Kawan yang diangkut kesana-sini |
Aku bersyukur ada kawan macam Fana, dia sanggup tumpangkan aku g kelas, bayarkan makanan aku kalau aku tak bawa dompet, selalu kutuk aku gemuk supaya aku pandai-pandai sedar diri (sebab aku selalu cakap nak kurus, kuikuikui) selalu bawa aku keluar makan ke mana aku nak kalau aku tetiba mengidam.
Cuma bila balik Batam tu, aku terkejut sedikit dengan perubahan dia. Dia selalu tetiba hilang, aku nak minta hantar pulang pun aku segan. Rupanya dia sibuk dengan Sukan Antara Fakulti ke 11. Awalnya aku rasa macam marah jugaklaa, yelaa aku kan takde transport. Susah mak aii takde transport dekat Melaka ni.
Akhirnya setelah battle dengan diri sendiri for a week, barulaa aku sedar.
Patutnya aku bersyukur, ada kawan macam dia. Tak kesahlaa dia suka tarik muka masam kalau balik ke, suka maki-maki orang time dota ke, dia still orang yg selalu jaga kebajikan aku kat Melaka ni. Biarpun kekadang aku terasa hati dengan dia, dia still kawan yang ak paling sayang kat Melaka setakat ni.
Maaf Fana kalau kau dah terabai sepanjang 10 hari aku takde haritu. MUAHAHAHAHAH.
Moral of the story : Kawan tu penting. Jangan salah pilih kawan. Kawan itu satu ujian jugak dalam hidup kita. Kadang-kadang kita terlalu fokus dengan keburukan dia, terlalu fokus dengan apa yang dia buat dengan kita dalam sedikit masa, kita lupa dengan kebaikan-kebaikan dia dengan kita dulu-dulu. Mungkin yang nilaa yang aku kena reflect selepas seminggu aku stress sorang-sorang.
2. Hati
Balik dari Batam, aku bergaduh dengan Ghost. Sapa Ghost? HAHAHAHAHA okey nanti kita buat satu post dedikasi khas buat Ghost. Takdelaa lepasni aku pun terpinga-pinga nak tau siapa Ghost ni. Manatau tetiba aku terlupa. Kan? Kan?
Well, bergaduh tu escalated to break-up. More like me walking away. HAHAHAHA choi kenapa dalam setiap relationship aku, aku je yang dump orang ni weyh? Tak merasalaa aku nak post caption you-walk-away-you-left-me da seangkatan dengannya. Masuk Ghost ni, dah 3 kali aku approach laki tu, 3 kali jugak aku dumped. Tapi dulu yang 2 tu sebab silly reason.
Piah, aku takyah cakap. Aku break dengan dia sebab aku nak study PMR(lol) walhal aku nak free je. maaf k piah. Iols tak salah tau. Dengan Along pulak, break sebab aku insecure betul dapat pakwe hensem ni. dahlaa aku sendiri yang curi dia dari bestfriend aku sendiri. HAHAHAHA parah 5 tahun baru bole move on. Nampak muka dia sikit aku rasa nak nangis sebab weii kenapalaa aku g break dengan dia. Hensem kot. ahhaha
k. Sudah
Ghost ni sebenarnya takde hubungan pun dengan aku sebab UTAMA ialah, aku ni orang ketiga dalam hubungan dia. HAHAHA choi aku taknak ulang story yang sama rampas pakwe orang. Kemonlaa, aku boleh hasilkan 3 novel berlainan kot. Takkan nak jalan cerita yang sama.
k. Itu BANGANG.
So balik dari Batam, ade gaduh sebab aku main hilang macam tu je tak meseg dia aku g mana. Hello? Kau sapa? Pakwe aku pun bukan. Tapi aku tipulaa kalau aku cakap aku takde perasaan ngan dia kan. Dekat setengah tahun kot kitorang in some sort of relationship.
Tapi aku cakap aku nak break. Aku nak walk away sebab bagi aku hubungan macam ni takkan pergi memana. Dia tetap akan pilih makwe dia kan? Leuls, tak kisahlaa kau nak shower aku dengan perkataan sayang, manis madu bagai, sebab akhirnya takde apa pun yang jadi.
We will invest a lot of time yang pada akhirnya tak beri pulangan pun pada kita. Lepastu tiap hari aku nampak post related to orang ketiga/perampas ni. Lagi kuat hati aku beb nak walk away. Tapi tak sampai hati, yelaa tipu kalau cakap tak sayang. Sayang weyh. Dia siap hantar aku g KLIA waktu aku nak fly balik Sabah haritu. Siap bagi baju fakulti dia walaupun dia dah tak mungkin akan dapat baju fakulti lagi sebab dia dah habis study. Snggup pnteng kerja semata nak jumpa aku time pegi dan balik Batam haritu.
Tapi malam tu, aku tekad jugak. Bagitau dia aku nak jalan. Aku harap lepasni dia boleh bagi masa dia kat awek dia. Investlaa time yg dia invest kat aku pada orang yg sepatutnya. Lepastu apa lagi, leleh jugaklaa. Tak tenang aku nak tidur, Apalagi msg dia masuk smpai pagi bagitau ak dia taknak benda ni berakhir. Ahhh sudahlah. Lemah lutut beb. Mau nangis jugaklaa aku baca meseg dia ni.
Tapi aku bukan perempuan rayuan lelaki. (bahahahahahaahha oke ak pun gelak bila tulis ni)
Tak move on lagi tapi insya Allah dalam masa terdekat.
Moral of the story : sebelum nak approach laki tu, tolonglaa stalk betul2, dia ni ada makwe ke takde. kalau ada, move on pegi cari yang single. Kalau takde, silakan nak approach ke, nak pinang ke. suka hati laa. k
3. Kesedaran
Aku sedar sekarang yang tak semestinya Mak aku tak lalui apa yang aku rasa, itu adalah limitasi untuk aku meluah dengan dia. Yelaa, kadang-kadang ni, aku sebagai anak rasa tak adil bila mak aku cakap sabar dengan aku (ye aku setan sikit kebelakangan ni) apalagi bila aku nak buat lesen motor haritu kena reject mentah-mentah weii. HAHAHAHAHAHA
Aku faham they all want me to be safe. Tapi aku rasa itu satu keperluan untuk aku hidup di Melaka. Perasaan yang fueled by my own feeling towards Fana, towards Haziq and towards my helpless self. Ramai jugak aku bagitau pasal ni, Ada yang menyokong, ada yang taf sokong, Suma yang tak sokong tu sebab faktor keselematan. Dan tukang sokong tu, adalah manusia yang tau aku memang susah. Thank you gais. Sayang semua.
Tapi, tadi aku rasa bersalah gila dengan mak aku sebab aku dah kasar dengan dia sebab maslah transport ni. Teruih g nangis2 wassap mak. Yelaa, restu mak tu penting weyh.
Kesedaran kedua : Aku kena syukur sebab ada ramai lagi yang ada masalah yang lebih besar daripada yang aku ade sekarang. So sis minta maaf kepada yang terkasar bahasa. Kepada my kesayangan, no matter where u are, iols always sayang uols k.
Last, Happy birthday Jannie :)
//Lee





0 comments