Topik 1 : Hidup
Bismillah.
Harini nak bagi pengisian sikit.
بمنكبي فقال كن في الدنيا كانك غريب أو عابر سبيل وكان ابن عمر يقول اذا أمسيت فلا تنتطر الصباح واذا أصحبت فلا تنتظر المساء وخذ من صحتك لمرضك ومن حياتك لموتك – رواه البخاري"
Maksunya:
Daripada Abdullah bin Umar ra katanya: Rasulullah SAW memegang bahuku seraya bersabda: jadilah di atas dunia ini sebagai seorang perantau: Ibn Umar berkata: Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi, janganlah tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakan peluang untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.
===================================================
“Life is a transient
shade”
Maksud ?
- Hidup ini hanya satu persinggahan sebelum kembali kepada
Allah. Tuhan yang Maha Esa.
Hhaa. Mana kau tau
pasal ni.
- Hadis waktu Form 5. Nak periksa, kenalaa hafal.
Kenapa tetiba ingat ?
- Sebab aku rasa sangat berdosa sekarang. Rasa kotor sangat.
Dan aku rasa aku akan mati dalam keadan berdosa. Mungkin aku akan masuk neraka.
Hmm. Bukan semua tuh bergantung kepada diri
sendiri ke? Kalau kau rasa berdosa, why don’t kau start bertaubat. Maybe start
with something simple. Like solat?
- Solat? Hmm. Macam mana nak solat? Aku dah tak ingat.
Jom pergi kedai buku.
- Buat apa pegi kedai buku ?
kata nak taubat.
Jomlaa kita pegi MPH ke, Popular ke.
- Bukan nak taubat kena g masjid ke?
Haaha, ehem. Jom pergi
kedai buku. Beli buku panduan solat. Lepas tu kita pergi masjid.
[ Sebab Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Maha
Pengampun. Selagi pintu taubat masih lagi dibuka, Allah akan menerima taubat
orang yang berdosa. ]
//A L I A
0 comments