Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

by - 9:20 AM

Bismillah. Salam Alayyk.

*squid dance*

*squid dance again*

Okay. Penat eh menari tarian sotong nii. Berpeluh peluh.

Aku dapat tawaran ~ *jen jeng jeng*


[ Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Kuasa Industri) dengan Kepujian]

*pingu dance everbadeeiii*

Gila semput aku menari nari nii.

Alhamdulillah. Kemarin dah selesai dah isi borang terima tawaran, dah siap dah print buku Panduan Pendaftaran tuh, dah siap book flight dowh. Macam tak real jaa aku nengok ittenary yang masuk email aku tuh. Rasa macam , eh hujung bulan ni fly pergi Melaka.

Rezeki Allah kan ? Adakah budak Biology pergi study Physics ? Muehheh, ada je cuma aku muskil laa. Tuan hamba kan budak bio, pointer tak lalu pun 2.20, dapat universiti engineering pulok ? Haila, sungguhlaa rezeki Allah tuh kan. Kalau Dia dah janji tuh insya Allah, Allah akan bagi.

Lepas jaa siap isi borang online tuh kan, mulut aku nganga besar besar. Rahang aku jatuh dekat kaki. Kenapa ? Silaa rujuk gambar di bawah ini.




Woot woot.

Mak aku demam nengoknya. Yelaa, sebab yuran pendaftaran tuh 2 ribu lebehh, belanja nak ke sana plus belanja aku nanti dah sampai sana lain cerita. Mak risau habis sampai aku nengok dia dah tua dua tahun. Aku pun risau jugak, tapi taklaa aku nak show sangat. Nanti mak tambah risau.

Tapi alhamdulillah sangat. Dapt je tawaran tuh, semua benda smooth jaa urusan. Kemarin tuh, tak pernah pernah internet aku kat opis ni laju gila babeng. Pastu, kemarin aku pergi urus Kad Kesihatan budak F&B, sekali laa aku ambil gambar.

Balik opis je, trus aku isi borang, edit gambar tuh supaya fit their req, then, walaa ~ siap. By pukul 4 petang, flight dah siap book, borang dah hantar, buku panduan pun dah siap print. Aku bukan buat benda tuh je, aku siap kerja kau semua okay. Allah bagi mudah kerja aku kemarin. Sebab tuhlaa, aku cakap kat mak aku tenang je. Rezeki Allah da tuh.

Harini nak pegi ambil sijil STPM, sekali nak beli baju Taekwondo yang dah lama den ngidam lol ! Dan jumpa cikgu cikgu kuh yang dah banyak berjasa ~

Apa perasaan aku ? Aku torn apart, rasa macam tak nak pegi, rasa yeayy aku nak p study. Rasa gembira berbaur sedih dan memacam lagiklaa. Lagipun ada akak senior aku chat kat wassap. Dan harini jumpa lagi satu abang yang ambik master kat sana tapi tengah praktikal kat MAS.

Allah permudahkan segala urusan. Alhamdulillah sanagat. *pingu dance*

Awesome ? Allah dah catat kat Loh Mahfuz rezeki sisters aku nii.

Salmah - UPM (Bahasa Perancis)
Dang - UKM (Sosiologi & Anthropologi)
Fyrah - UMS (Hubungan Industri)
Sury - UMK (Pelancongan)
Aty - Dia tak dapat. Tapi takpa Aty, rayuan ada. Second intake pun ada. Kau tenang jaa.

Dan status yang lain, dorang ambil diploma

Hermah - UPSI (somethin' computer related)
Jusma - UPM, campus kat Sarawak (Perhutanan)

Seingat aku course aku 4 tahun (8 semester) dan yang lain 7 semester, si Dang tuh jaa maybe yang dapat 4 tahun jugak. Ya Allah, dah bertebaran Awesome Legacy seantero Malaysia. Sedih gila babeng aku nii. Nasib laa aku kat opis, kalau tak, dah banjir dah nii *kesat air mata jantan*

Nak tulis banyak lagi, tapi hati aku tawar laa *senyum sinis*

Nanti aku update lagi. Maybe sebelum semua kemudahan internet aku ditarik balik a.k.a berhenti kerja. Aku last 22 then minggu depanny, kelam kabut laa ku urus segala yang aku perlu urus. Takpa, aku tabah juga buat preparation seminggu je.

Buat masa ini, beta nak berundur diri dulu.

Kerja beta dari tadi asyik jeling aku je *jeling timbunan kertas kat meja*

- Tuhan, jaga dia untukku, kala ku masih jauh -



| Ai | 201414080919










You May Also Like

0 comments